Connect with us

Suami S.Pavithra Mengaku Tidak Bersalah Miliki Senjata Sabit Dengan Tulisan ‘Tiger’

Oh! Tidak

Suami S.Pavithra Mengaku Tidak Bersalah Miliki Senjata Sabit Dengan Tulisan ‘Tiger’

Terkini, M. Sugu suami kepada Youtuber masakan terkenal S. Pavithra yang ditahan reman telah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Pertuduhan itu telah dibacakan dalam bahasa Tamil terhadap tertuduh di hadapan Hakim Mohd Fauzi sebelum Sugu mengaku tidak bersalah.

Sugu sebelum ini telah dikatakan dilihat membawa senjata bahaya di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh pada hari Selasa lalu dan ia disedari oleh jururawat bertugas dan pengawal keselamatan.

Mengikut maklumat penuh pertuduhan, M. Sugu didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sebilah sabit berukuran 66 sintimeter yang bertulis ‘Tiger’ di parkir HRPB pada jam 6 petang 21 Julai 2020.

Youtuber terkenal Pavithra turut dilihat ada di Mahkamah

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta disebat.

Peguam Mahinderjit Singh kemudian memohon jaminan kerana ia merupakan kes keganasan rumah tangga. Dengan itu, Mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai.

Untuk seterusnya, tarikh 17 Ogos 2020 ini akan berlangsung sebutan semula kes.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang simpati dengan Pavithra di Facebook Oh! Media.




Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

To Top