Connect with us

Oh! Media

Status Hadith: Keluasan Arasy Dan Kursi

fvfdjpg

Umum

Status Hadith: Keluasan Arasy Dan Kursi

SOALAN:
Berkenaan hadith yang menyebut bahawa Arasy dan Kursi lebih besar dari langit dan bumi adakah ia hadith yang sahih atau bukan?

JAWAPAN:
Sebahagian hadith berkenaannya sahih sanadnya dan sebahagian lagi dhaif. Setengah ulama’ berkata darjatnya ialah hasan li ghairih.

Antara hadith berkenaannya ialah, sahabat yang bernama Abu Zar Al-Ghifari r.a meriwayatkan daripada Rasulullah saw yang bersabda:

IKLAN

يا أبا ذرٍّ ما السَّمواتُ السَّبعُ مع الكُرسيِّ إلَّا كحلقةٍ مُلقاةٍ بأرضٍ فلاةٍ وفضلُ العرشِ على الكُرسيِّ كفضلِ الفلاةِ على الحلقةِ
“Wahai Abu Zar! Tidaklah tujuh lapis langit itu jika dibandingkan dengan Kursi kecuali seperti sebentuk cincin yang dilemparkan ditengah padang yang luas. Dan kelebihan Arasy pula di atas Kursi adalah seperti padang yang luas dibandingkan dengan sebentuk cincin.”

  1. Hadith ini telah dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dengan sanad yang sahih pada kitab Sahih Ibnu Hibban.
  2. Juga dikeluarkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar pada kitab Fathul Baari katanya bagi hadith ini ada syahid dengan jalan yang sahih.
  3. Dan dikeluarkan juga oleh Al-Baihaqi pada kitab Asma’ wa Sifaat katanya bagi hadith ini ada syahid dari jalan yang sahih.
  4. Al-Albani menyebut pada Ta’liq MatanThohawiyah Sahih Marfu’ manakala pada kitab Salasilah Sahihah kata beliau hadith ini sahih kerana beberapa jalan.
  5. Dan ada beberapa sanad yang lain yang sebahagiannya dihukumkan oleh ulama’ sebagai dhaif dan sebahagiannya dhaif jiddan dan sebahagiannya munkar.

Wallahua’alam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas