Connect with us

Oh! Media

Starbucks Mohon Maaf Halau 6 Polis

saya2btak2bboleh2bterima2bdia2bhanya2bsebab2brasa2bkasihan 2bbella2bastillahpng

Umum

Starbucks Mohon Maaf Halau 6 Polis

Starbucks Corp hari ini memohon maaf selepas seorang pekerja di sebuah kedainya di Tempe, Arizona di sini meminta enam pegawai polis untuk meninggalkan premis itu. Dalam kejadian pada 4 Julai lalu itu, enam pegawai polis yang sudah membayar minuman mereka diminta beredar dari premis berkenaan selepas beberapa pelanggan merasa tidak selamat dengan kehadiran polis, kata Persatuan Pegawai Tempe di Twitter.

Susulan insiden itu, netizen mula menghantar komen di Twitter sebagai tanda sokongan kepada polis sambil melancarkan kempen #boycottstarbucks. Starbucks dalam satu kenyataan rasmi di laman web kepada Jabatan Polis Tempe berkata, layanan terhadap kumpulan anggota polis berkenaan ‘langsung tidak boleh diterima’.

“Bagi pihak Starbucks, saya ingin memohon maaf kepada anda semua di atas pengalaman yang anda lalui di kedai kami 4 Julai lalu, kata naib presiden eksekutif rangkaian kedai kopi berkenaan, Rossann Williams.

IKLAN

“Apa yang berlaku di kedai kami pada 4 Julai lalu bukan satu pengalaman yang seharusnya dilalui oleh pegawai anda atau mana-mana pelanggan kami dan kami sudah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan ia tidak berlaku lagi pada masa akan datang,” katanya.

Tahun lalu, syarikat itu terpalit dengan satu insiden perkauman membabitkan penahanan dua lelaki kulit hitam di sebuah kedai di Philadelphia. Starbucks kemudian menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah dan terpaksa menutup sementara 8,000 kedai di AS untuk menjalankan latihan anti perkauman.


+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas