Connect with us

Sonaone Nak Buat Filem? Dah Tak Menyanyi Ke?

Umum

Sonaone Nak Buat Filem? Dah Tak Menyanyi Ke?

Mikael Adam Mohd Rafee Michel Lozach atau lebih dikenali sebagai Sonaone, penyanyi hip hop dalam komuniti muzik dikatakan menyimpan hasrat untuk melibatkan diri dalam bidang perfileman dan penerbitan serta produksi pentas. Betul ke ni? Sonaone, penyanyi hip hop itu mengatakan dia telah pun merancang mahu mengarahkan karya berbentuk video muzik dan filem.

Saya mungkin cuba untuk terbabit ke dalam industri perfileman pula namun bukanlah sebagai pelakon tetapi sebagai selaku pengarah dan penulis, Saya nak bawa bidang muzik ini supaya lebih ‘hidup’, katanya. 

Menurutnya lagi, pada peringkat awal dia hanya mahu mengarahkan video muzik bagi lagunya sendiri dahulu dan kemudiannya untuk artis yang lain. Sonaone juga menyimpan impian untuk melakukan sesuatu kepada produksi pentas bagi acara muzik di Malaysia. Hip hop kini sudah berada di tahap yang baik di Malaysia namun produksi pentasnya belum mencapai tahap yang berkualiti lagi.

Terbaharu, kini Sonaone sedang menyiapkan album solonya yang sepatutnya di siapkan pada tahun lepas tetapi tertunda akibat beberapa hal yang tidak dapat dielakkan dijadualkan bakal diterbitkan selepas Aidilfitri. Semoga segala usaha dan impian penyanyi hip hop itu dipermudahkan serta dapat melakukan sesuatu yang baru kepada produksi pentas bagi acara muzik di Malaysia pada tahap yang lebih berkualiti. Chaiyok Sonaone!

Sumber: Harian Metro

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top