Connect with us

Solat Pada Hujung Waktu Sehingga Kedengaran Azan

Umum

Solat Pada Hujung Waktu Sehingga Kedengaran Azan

SOALAN 

Ohmedia dapat rasakan ada antara kita kadangkala menunaikan solat pada hujung waktu. Mungkin disebabkan beberapa perkara yang membuatkan solat tersebut lewat dilakukan sehingga dengar laungan azan pada waktu solat yang lain.

Jadi, adakah solat kita itu akan terbatal?

JAWAPAN 

Jika seorang itu mengerjakan sembahyang pada hujung waktu kemudian sebelum dia selesai lagi dari sembahyang tersebut telah masuk waktu yang lain maka hendaklah dia teruskan sembahyang tersebut tidak perlu dia berhenti.

Maka jika dia sempat melakukan serakaat di dalam waktu yang pertama maka dia telah mendapat solat tersebut dengan tunai.

Dan jika dia tidak sempat sembahyang sebanyak serakaat dalam waktu yang pertama misalnya dia sedang rukuk lalu masuk waktu solat yang kedua maka solat yang pertama itu dikira sebagai solat qadha.

Tersebut pada Kitab Fathul Muin :

ولو أدرك في الوقت ركعة لا دونها فالكل أداء وإلا فقضاء.ويأثم بإخراج بعضها عن الوقت وإن أدرك ركعة

Artinya : “Dan kalau seorang itu mendapat serakaat di dalam waktu tidak yang selainnya maka sekelian rakaat itu adalah dikira tunai dan jika tidak nescaya jadilah solatnya itu qadha.

Dan berdosa ia sengaja keluarkan sebahagian sembahyang daripada waktu sekali pun dia sempat mendapatkan serakaat.”

Maksudnya siapa yang sembahyang dalam waktu misalnya dia sembahyang asar dalam waktu asar dan selepas dia lakukan rakaat yang pertama lalu masuk waktu maghrib maka sembahyangnya itu dikira sebagai sembahyang tunai dan jika dia belum masuk ke rakaat yang kedua lalu masuk waktu maghrib maka jadilah sembahyangnya itu sembahyang qadha.

Dan jika dia sengaja sembahyang asar pada waktu seperti itu maka hukumnya dia berdosa melainkan kerana uzur seperti pengsan atau tertidur atau terlupa.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca solat pada hujung waktu sehingga kedengaran azan di Facebook Oh! Media


Selain menulis, Nizar juga merupakan seorang pelakon & pengacara. Beliau juga sebahagian dari team yang menjalankan media sosial bagi penjenamaan Oh! Media ini.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top