Connect with us

Solat Jenazah Sendirian Sebelum Orang Ramai Tiba

Umum

Solat Jenazah Sendirian Sebelum Orang Ramai Tiba

Soalan:
Adakah boleh seorang sahaja sembahyang atas jenazah sebelum disembahyangkan oleh orang ramai? Ini adalah kerana orang tersebut hendak segera ke tempat lain sedangkan imam dan jemaah yang ramai belum tiba?

Jawapan:
Harus hukumnya solatkan atas jenazah seorang diri sebelum disolatkan oleh para jemaah tetapi menunggu untuk solat secara berjemaah adalah afdhal melainkan kerana ada keuzuran.

Berkata Imam Nawawi :

تجوز صلاة الجنازة فرادى ، والسنة أن تُصلى جماعة ؛ للحديث : ( ما من مسلم يموت ، فيصلي عليه ثلاثة صفوف من المسلمين إلا وجب) مع الأحاديث المشهورة في الصحيح في ذلك ، مع إجماع المسلمين ، وكلما كثر الجمع كان أفضل
“Harus sembahyangkan jenazah bersendirian. Dan yang afdhal ialah sembahyangkannya secara berjemaah kerana hadith ‘Tidak ada dari seorang Islam yang mati lalu sembahyang atasnya oleh tiga barisan dari Muslimin melainkan Allah mengampunkan’ serta beberapa hadith yang masyhur dalam kitab-kitab Sahih serta telah ijmak olih sekelian orang Islam. Maka setiap kali lebih ramai jemaah maka ia lebih afdhal.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Muhazzab)

Berkata ulama’:

فإن تعذر على الشخص إدراك صلاة الجنازة مع الجماعة الأولى ، فيجوز له في هذه الحال أن يصلي على الجنازة ، قبل أن يصلي عليها الإمام ، كما يجوز له أن يصلي عليها في المقبرة قبل أن تدفن .
“Maka jika teruzur atas seseorang mendapatkan solat jenazah dengan jemaah maka harus atasnya pada ketika ini bahawa dia solatkan dulu jenazah tersebut sebelum imam solatkannya sebagaimana harus baginya solat atas jenazah itu di kubur sebelum ditanam.”

Wallahua’lam.

+ Ustaz Azhar Idrus

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Mencipta Oh! Media sejak dari dalam perut mak lagi. Hi Awak!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top