Connect with us

Oh! Media

Solat Jenazah Di Kubur Dan Had Masanya

Umum

Solat Jenazah Di Kubur Dan Had Masanya

SOALAN:
Haruskah solat jenazah dilakukan selepas tanamnya di atas kuburnya? Dan berapa lamakah had masanya yang dibolehkan solat tersebut?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Solat jenazah wajib dilakukan sebelum ditanam oleh sekumpulan orang. Haram hukumnya ditanam dahulu sebelum dari solat jenazahnya dengan sengaja.

Tetapi orang yang tidak hadir melainkan selepas tanamnya maka harus dia solat jenazah di atas kubur. Inilah pendapat yang benar.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِقَبْرٍ قَدْ دُفِنَ لَيْلا ، فَقَالَ : مَتَى دُفِنَ هَذَا ؟ قَالُوا : الْبَارِحَةَ . قَالَ : أَفَلا آذَنْتُمُونِي !؟ قَالُوا : دَفَنَّاهُ فِي ظُلْمَةِ اللَّيْلِ فَكَرِهْنَا أَنْ نُوقِظَكَ . فَقَامَ فَصَفَفْنَا خَلْفَهُ ، قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَأَنَا فِيهِمْ فَصَلَّى عَلَيْهِ
Sesungguhnya Rasulullah saw lalu pada sebuah kubur yang baru ditanam semalam maka sabda baginda: “Bilakah ia ditanam?” Jawab para sahabat: “Semalam.” Sabda baginda: “Kenapa kamu semua tidak beritahu kepadaku?” Jawab para sahabat: “Kami menanamnya pada malam yang sangat gelap maka tidak suka kami untuk membangunkan tuan.” Maka berdiri Nabi saw untuk solat dan beratur kami di belakangnya. Kata Ibnu Abbas: “Dan aku ada bersama mereka dan solat atas kubur itu.” (Riwayat Imam Bukhari)

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dalam kitab Al-Musannaf perhimpunan dari amalan sahabat dan tabi’in dari mereka yang solat di atas kubur kemudian daripada tanam yang antaranya ialah Aisyah r.a solat atas kubur saudaranya Abdul Rahman dan Ibnu Umar r.a yang solat atas kubur saudaranya ‘Asim dan juga Sulaiman bin Rabi’ah dan Ibnu Sirrin dan lain dari mereka itu.

Ibnu Hazm meriwayatkan antara yang solat di atas kubur ialah Anas bin Malik r.a dan Ali r.a dan Ibnu Mas’ud r.a.

Berkata Syeikh Mahalli:

يجب تقديم الصلاة على الدفن، وتصح بعد الدفن على القبر
“Wajib solat jenazah itu didahulukan sebelum tanam. Dan sah solat jenazah itu kemudian daripada tanam di atas kubur.” (Syarah Minhaj Lil Mahalli)

Adapun masalah berapa lama boleh solat atas kubur maka ada empat pendapat disisi ulama’:

  1. Selama tiga hari
  2. Selama sebulan
  3. Selama belum hancur mayat
  4. Selama-lamanya

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas