Connect with us

Oh! Media

Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

Umum

Solat Jenazah Atas Bayi Yang Gugur

SOALAN:
Adakah wajib melakukan solat jenazah atas bayi yang gugur?

ADVERTISEMENT

JAWAPAN:
Apabila adalah yang gugur itu zahir atasnya tanda-tanda hidup seperti bersuara ketika keluarnya atau bergerak-gerak maka wajiblah solat atasnya.

Ada pun apabila tidak ada tanda atasnya suatu pun dari yang demikian itu maka tidaklah dilakukan solat atasnya seperti mana ialah mazhab Syafie.

Berkata Syeikh Khatib Syarbini:

و) الثَّانِي (السقط) بِتَثْلِيث السِّين (الَّذِي لم يستهل صَارِخًا) أَي بِأَن لم تعلم حَيَاته وَلم يظْهر خلقه فَلَا تجوز الصَّلَاة عَلَيْهِ، وَلَا يجب غسله، وَيسن ستره بِخرقَة وَدَفنه دون غَيرهمَا، أما إِذا علمت حَيَاته بصياح أَو غَيره أَو ظَهرت أماراتها كاختلاج أَو تحرُّك فككبير فَيغسل ويكفن وَيصلى عَلَيْهِ ويدفن؛ لتيقن حَيَاته وَمَوته بعْدهَا فِي الأولى وَظُهُور أماراتها فِي الثَّانِيَة، وَإِن لم تعلم حَيَاته وَظهر خلقه وَجب تَجْهِيزه بِلَا صَلَاة عَلَيْهِ
“Dan yang kedua iaitu bayi yang gugur yang tidak bersuara yakni tidak diketahui tanda hidupnya dan tidak zahir tanda kejadiannya maka tiada harus solat atasnya dan tiada wajib mandikannya dan disunatkan menutup jenazahnya dengan kain dan menanamnya tiada wajib selain keduanya. Adapun jika diketahui tanda hidupnya seperti bersuara atau lainnya atau ada tanda gerakkan maka sama hukumya seperti orang dewasa dimandikan dan dikafankan dan disembahyangkan dan ditanam akan dia kerana telah diyakini hidupnya dan matinya selepas itu pada rupa yang pertama dan zahir tanda hidupnya pada yang kedua. Dan jika tidak diketahui hidupnya dan telah nyata kejadiannya maka wajib sempurnakannya yakni mandi dan kafan dan tanam tiada solat atasnya.” (Al-Iqna’)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas