Connect with us

Oh! Media

So Wincci Hampir Muflis Kerana Konsert Gagal Akibat Kritik PM

Ohmedia hampir muflisjpg

Umum

So Wincci Hampir Muflis Kerana Konsert Gagal Akibat Kritik PM

PETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci terpaksa menanggung hutang sehingga nyaris diiystiharkan muflis akibat kegagalannya mendapatkan tajaan mengadakan konsert Inwinccible yang berlangsung pada 31 Oktober tahun lalu.

Wincci, 30 berkata, bagaimanapun dia gembira kerana rakan-rakannya membantu meminjamkan wang bagi mengurangkan bebanannya melangsaikan hutang tersebut.

“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.

IKLAN

“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.

“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya.

Terdahulu, Wincci nekad meneruskan konsertnya pada 31 Oktober 2015 dengan melaburkan RM500,000 selepas beberapa penaja menarik diri gara-gara desakannya agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Ekoran itu, Wincci tidak dapat melaburkan wangnya untuk membuat promosi konsert berkenaan sehinggakan tiket persembahan tidak mendapat sambutan.

Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sementara itu Wincci memberitahu tidak pernah menyesal dengan tindakan meneruskan konsert tersebut kerana ada kelebihan lain apabila dia lebih dikenali sehingga ke luar negara.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan
Penjinak sepenuh masa di Oh! Media. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya | Instagram
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas