Connect with us

Oh! Media

Siti Nurhaliza Doakan Keluarga & Orang Sekeliling Agar Dilindungi Dari Wabak Covid-19

Umum

Siti Nurhaliza Doakan Keluarga & Orang Sekeliling Agar Dilindungi Dari Wabak Covid-19

Sepertimana yang korang tahu, hari ini merupakan genap seminggu Perintah Kawalan Pergerakan. Negara Malaysia kini sudah mencecah sebanyak 1,518 kes kumulatif dan telah meningkat kepada 14 kematian akibat jangkitan wabak Covid-19 ni.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, Datuk Siti Nurhaliza memuatnaik sekeping gambar anaknya, Aafiyah yang sedang berbaring di atas sejadah berserta kapsyen untuk tatapan ramai di Instagramnya, @ctdk.

Subhanallah, anak ibu soleha ni…Semoga Allah SWT makbulkan doa ibu. Semoga seluruh ahli keluargaku dan orang sekelilingku dilindungi virus COVID-19, diperkuatkan keimanan dan keberkatan dunia serta akhirat. Semoga anakku Aafiyah di bawah lindungan-Mu, diangkat martabatnya, ditakdirkan baik-baik untuknya serta menjadi muslimah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Tokti memanjatkan doa untuk seluruh keluarga dan orang sekelilingnya supaya terhindar dari jangkitan wabak Covid-19. Rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif dan mengaminkan doa tersebut.

Gambar yang dimuatnaik oleh Tokti itu telah mendapat 163k likes dan 1.3k komen di Instagram. Stay safe everyone! Semoga Allah lindungi kita semua daripada jangkitan wabak yang berbahaya ini. Duduk rumah diam-diam dan tolong patuh arahan pihak kerajaan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan okay!

OHMEDIA: CEPATNYA AAFIYAH DAH BESAR. COMEL BETUL!

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca sayang Tokti di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas