Connect with us

Oh! Media

Netizen Dakwa Penyanyi Baru Nak Up Tumpang Populariti Faizal Tahir, Seriuslah?!

Umum

Netizen Dakwa Penyanyi Baru Nak Up Tumpang Populariti Faizal Tahir, Seriuslah?!

Penyanyi yang baru meningkat naik, Sisy Iman berasa tidak senang apabila dituduh telah menumpang populariti penyanyi dan komposer terkenal iaitu Faizal Tahir. Sisy kecewa apabila ada yang membuat andaian sebegitu seperti tidak nampak usahanya menceburi bermacam cabang seni semata-mata untuk menonjolkan dirinya dalam bidang industri ini.

ADVERTISEMENT

Mereka yang beranggapan begitu hanya pandai berkata-kata. Mereka cuma tahu menuduh saya mencipta nama disebabkan penyanyi dan komposer terbabit. Tetapi, mereka tidak pandang usaha saya lakukan, sedikit demi sedikit, untuk berada pada tahap hari ini.
-Kata Sisy

Sebelum dikenali sebagai artis, ramai yang tidak tahu rupa-rupanya Sisy pernah menjadi penyanyi latar. Selain itu, Sisy juga pernah mengiringi persembahan Fynn Jamal pada Separuh Akhir Muzik-Muzik yang ke-29 dan bermain piano untuk Hael Husaini semasa Anugerah Juara Lagu yang ke-32. Wow, banyak juga Sisy Iman ini melibatkan dirinya dalam bidang industri sebelum bergelar seorang artis.

Tahun lalu, Sisy telah melibatkan dirinya menyertai Big Stage. Selepas tu, dia mencuba dalam bidang lakonan dan pengacaraan pulak semata-mata untuk dilihat oleh orang ramai. Malangnya, Sisy tetap dituduh menumpang populariti Faizal Tahir hanya kerana mereka bekerjasama menerusi dua single terbitan Faithful Music miliknya. Alahai kesian betul dekat Sisy ni. Bertabahlah ye sis!

Sisy memperkenalkan lagu terbaru yang berjudul Sudahlah (Meow) baru-baru ini berkata walaupun pelbagai liku yang harus dia lalui untuk sampai ke tahap sekarang menjadikan dirinya lebih kuat untuk terus berjaya.

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann) on



Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas