Connect with us

Oh! Media

Sistem Ekzos Terkenal Dari Eropah, Supersprint Sangat Berkualiti Dan Buatkan Bunyi Kereta Jadi Awesome!

Umum

Sistem Ekzos Terkenal Dari Eropah, Supersprint Sangat Berkualiti Dan Buatkan Bunyi Kereta Jadi Awesome!

Ohmedia tahu ramai yang meminati bidang permotoran termasuklah diri ini sendiri. Nafsu dalam automatif ni kalau tak nak bagi lawa, mesti bagi laju atau lebih advance buat kedua-duanya sekali. Perasan tak part paling ramai yang orang akan modify pada kereta mereka adalah sistem ekzos? Kalini Ohmedia nak kongsikan sistem ekzos terkenal dari Eropah iaitu Supersprint. Korang pernah dengar tak pasal Supersprint ni?

ADVERTISEMENT

Selalunya korang akan custom sendiri sistem ekzos dekat kereta korang tu kan? Tapi sistem exhaust dari Supersprint ni hadir dengan full set dari depan sampailah ke tabung untuk banyak model kereta tau guys dengan fitment yang sangat sempurna. Sistem ekzos dari Supersprint ni didatangkan dengan design yang sangat cantik dan bunyi yang tersangatlah awesome. Kalau tak percaya cubalah tengok dekat youtube.




Seperti biasa, kereta yang telahpun dipasangkan sistem ekzos yang lain dari stock akan naik ke mesin dyno bagi memastikan prestasi kereta korang tu akan lebih baik dari sebelum ini, kalau tak rugilah kan buat mahal-mahal dan bunyi prang-prang tapi prestasi tak apapun yang nak dibanggakan.

Kalau korang nak tahu, Supersprint ni dah wujud dari berpuluh tahun lepas lagi sehinggalah abad ini dengan rekaan dan material yang sangat berkulaiti, memamg legend! Korang janganlah pula ingat yang Supersprint ni ada untuk model myvi korang dan sebagainya sebab sistem ekzos dari Supersprint ni didatangkan untuk banyak model kereta yang terkemuka sahaja seperti BMW, Audi, Mini Cooper, Mercedes Benz, Renault dan sebagainya.

Kredit: Supersprint exhaust

+ Baca respon pembaca sistem exzos dari Supersprint di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas