Connect with us

Oh! Media

Siri realme 7, realme 7 Pro Telefon Pintar Pertama Didatangkan Dengan Pengiktirafan TUV Rheinland Jerman

Branded

Siri realme 7, realme 7 Pro Telefon Pintar Pertama Didatangkan Dengan Pengiktirafan TUV Rheinland Jerman

Telefon pintar realme sememangnya menjadi satu fenomena ketika ini dekat Malaysia dengan tawaran spec yang sangat mantul serta designnya yang cukup stylish. Pergh! Korang tau tak yang realme tak lama lagi akan bawa masuk realme 7 dan realme 7 Pro ke pasaran Malaysia?

Telefon pintar pertama dapat pengesahan kebolehpercayaan TUV Rheinland

Mesti ramai yang tak senang duduk kan? Menariknya, kedua-dua siri realme 7 terbaru ini merupakan telefon pintar pertama yang dapat pengesahan kebolehpercayaan dari TUV Rheinland. Apa dia tu?

TUV adalah Technischer Uberwachungsverein (Technical Inspection Association) yang berpangkalan di Cologne, Jerman dan mempunyai cawangan sekitar Eropah, Afrika, Asia dan Amerika Syarikat. Untuk info, sesuatu produk itu perlu diuji dari segi keselamatan dan perlu memenuhi syarat minimum Akta Peralatan dan Keselamatan Produk Jerman tau gais.

Sebagai satu jenama yang dijual di 61 pasaran, realme komited mahu memberikan yang terbaik untuk pengguna mereka. Bagi pihak TUV Rheinland sebagai penyedia khidmat teknikal bertaraf antarabangsa, mereka bertekad penyelesaian yang selamat dan bermutu dari aspek interaksi manusia dengan teknologi dan alam sekitar.

Lepasi banyak ujian untuk dapatkan pengiktirafan

Menurut realme, TUV Rheinland telah menjalankan ujian penggunaan harian ke atas siri realme 7 sebanyak 22 ujian besar dan 38 ujian kecil untuk dapatkan kebolehpercayaan komponen yang digunakan. Ujian kebolehpercayaan ini mengandungi 3 jenis senario iaitu, penggunaan harian, kebolehpercayaan komponen dan persekitaran melampau.

Ujian terlibat termasuklah ujian jatuhan, ujian haus dan lusuh, ujian suhu tinggi dan rendah, ujian kelembapan tinggi dan rendah, ujian perubahan voltaj, ujian button life, ujian elektrik statik dan sebagainya.

Pergh! Bukan senang gais tapi semua ujian yang telah dijalankan tu telah dilepasi siri realme 7 ni, memang superb!

Jadi, teknologi dan design siri realme 7 ini memang boleh dipercayai untuk kegunaan harian kita semua. Nak habaq mai, pengiktirafan dari TUV Rheinland ni merupakan salah satu aspek yang korang perlu ambil tahu juga sebelum membeli sesebuah smartphone tau. Ini bermakna siri realme 7 ini bukan sahaja lebih berkualiti, malahan juga tahan lasak yang mana pengguna smartphone ini boleh nikmati teknologi terkehadapan dengan rekaan yang bakal jadi ikutan.

realme 7 terbaru

realme 7 terbaru ni adalah telefon pintar pertama didunia yang menggunakan cipset MediaTek Helio G95 Gaming Processor. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan 30W Dart-Charge. Menariknya, ia dilengkapi dengan 64 megapixel quad kamera untuk kamera belakang dan 16 megapixel untuk kamera depan.

realme 7 Pro Yang Lebih Padu

Untuk realme 7 Pro pula dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G dengan bateri berkapasiti 4,500mAh menggunakan 65W SuperDart Charge. Ia juga dilengkapi dengan 64 megapixel quad kamera untuk kamera belakang dan 32 megapixel untuk kamera depan.

Dah ready dengan power reformed dari siri realme 7 ni?

Mesti ramai yang tak sabar nak tahu spesifikasi penuh dan pelbagai features menarik yang ada pada siri realme 7 ni kan? Jangan lupa untuk tengok sendiri perasmian telefon pertama dengan kebolehpercayaan pengesahan TUV Rheinland dari realme pada 24 September ni bermula jam 12 tengah hari secara online di Facebook rasmi realme nanti gais.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas