Connect with us

Oh! Media

Sijil Halal Subway Kena Gantung? Ini Penjelasan Pihak JAKIM

Ohmedia2bsijil2bhalal2bsubwaypng

Umum

Sijil Halal Subway Kena Gantung? Ini Penjelasan Pihak JAKIM

Sijil Halal Subway kena gantung? Baru-baru ni tersebar di media sosial satu surat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimana mereka telah menggantung sijil halal restoran makanan segera Subway yang cukup popular di kalangan rakyat Malaysia kerana memiliki dan memakai penapis air yang mengandungi sumber haiwan.

Selain itu, Subway juga dikatakan memiliki kawalan bahan mentah yang lemah dan ini semua dikesan semasa pihak JAKIM melakukan proses audit. Ini merupakan surat pemberitahuan yang viral di Facebook.




Tapi, rupa-rupanya surat ini tidak sepatutnya disebarkan kepada umum kerana notis ini hanya untuk kegunaan pengurusan JAKIM yang dikatakan perlu dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

IKLAN

Pihak kami telah menerima penjelasan dari Jabatan Agama Islam Negeri berkenaan berhubung penularan surat tersebut dan berdasarkan maklum balas yang diterima mendapati ia telah diedar kepada kakitangan mereka tanpa mematuhi peraturan pengendalian dokumen kerajaan sehingga menjadi tular. – Kata kenyataan tersebut.

Pihak JAKIM turut menjelaskan yang mereka mengeluarkan surat itu bagi memberi ruang kepada pengurusan Subway untuk melakukan perubahan dan penambahbaik dengan mengikut syarat standard Pensijilan Halal Malaysia yang ditetapkan.

Jadi apa pandangan korang? Bagi Ohmedia kita tunggulah dulu penjelasan dan maklumat yang tepat mengenai status sijil Halal Subway ni.




+ Baca respon pembaca Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas