Connect with us

Oh! Media

Siapa Sangka Semua Jenis Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Ni Juga Penyebab Kanser

Umum

Siapa Sangka Semua Jenis Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Ni Juga Penyebab Kanser

Wow, siapa sangka dua jenis makanan yang sering kali dimakan rakyat Malaysia sewaktu pagi dan malam ini juga menjadi antara punca kanser. Makanan yang Ohmedia maksudkan adalah Nasi Goreng dan Roti Bakar. Wow! Macam tak percaya kan? Tapi inilah yang berlaku apabila bahan kimia terbentuk secara semula jadi dalam beberapa makanan berkanji apabila ia dimasak.

ADVERTISEMENT

Bahan kimia yang disebut sebagai acrylamide ni akan terhasil apabila makanan berkanji ini dimasak lama pada suhu yang tinggi. Data ini dikeluarkan oleh The International Agency for Research on Cancer.

Antara makanan berkanji lain yang berpotensi mengeluarkan bahan kimia ini adalah, kerepek pisang, kentang goreng, mee goreng dan juga kentang bakar. Aha, Ohmedia bila nampak kentang goreng tu, terfikir pula yang selalu makan kentang goreng dengan restoran segera macam KFC dan Mc Donald tu.

Tapi, ini bukanlah bermaksud kita tidak boleh makan, tetapi kita perlu mengikut cara masakan yang betul dengan memasak makanan berkanji sehingga warna emas kekuningan dan pastikan suhu yang digunakan tidak terlalu tinggi. Senang cerita, kurangkanlah makanan bergoreng dan lebihkan makanan yang direbus.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut berkongsi maklumat ini dan jom la kita sama-sama mengingatkan insan tersayang.



+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas