Connect with us

Oh! Media

Si Pendusta Yang Berkata Benar

Umum

Si Pendusta Yang Berkata Benar

Kisah 1

ADVERTISEMENT

Dari Abu Mas’ud bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah Al-Baqarah pada suatu malam, nescaya kedua ayat itu akan mencukupinya.”

Maka kemudian Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bercerita: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menugaskanku untuk menjaga harta zakat. Lalu pada suatu hari ada seseorang yang menyusup hendak mengambil makanan, maka aku pun menyergahnya seraya berkata: “Aku benar-benar akan menyerahkanmu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Lalu dia berkata: “Jika kamu hendak masuk ke tempat tidur maka bacalah ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.” Maka perkara itu disampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bersabda: “Dia telah berkata benar padamu, padahal dia adalah pendusta. Si penyusup tadi sebenarnya adalah syaitan.” (Sahih Bukhari, no. 4624)

Kisah 2

Dari Abu Ayyub Al-Ansari bahawa dia memiliki rak berisi kurma. Kemudian ada syaitan datang dan mengambilnya, lalu dia mengadukan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Maka beliau bersabda: “Pergilah, bila kau melihatnya, ucapkanlah ‘Bismillah’, turutilah Rasulullah.” Lalu Abu Ayyub menangkapnya, syaitan itu bersumpah tidak akan kembali.

Akhirnya Abu Ayyub melepasnya lalu dia menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bertanya: “Apa yang dilakukan tawananmu?” Abu Ayyub menjawab: “Dia bersumpah tidak akan kembali.” Beliau bersabda: “Ia dusta, memang ia terbiasa berdusta.” Abu Ayyub lalu menangkap yang kedua kalinya, syaitan itu pun bersumpah untuk tidak kembali lagi, lantas Abu Ayyub melepasnya.

Setelah itu Abu Ayyub datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bersabda: “Apa yang dilakukan tawananmu?” Abu Ayyub menjawab: “Dia bersumpah untuk tidak kembali.” Beliau bersabda: “Ia dusta, memang ia terbiasa berdusta.” Setelah itu Abu Ayyub menangkapnya lagi kali ketiga, lalu berkata: “Aku tidak akan melepaskanmu hingga aku membawamu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.”

Syaitan itu berkata: “Aku ajarkan padamu tentang sesuatu, iaitu ayat Kursi, bacalah ayat Kursi di rumahmu, nescaya syaitan tidak akan mendekatimu dan tidak juga yang lainnya.” Abu Ayyub pun menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bertanya: “Apa yang dilakukan tawananmu?” Lalu Abu Ayyub memberitahukan apa yang diucapkan syaitan itu, maka beliau bersabda: “Ia benar walaupun sebenarnya ia pendusta.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2805, sahih, Musnad Ahmad, no. 22488)

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas