Connect with us

Oh! Media

Shima Anuar Kesal Lihat Ibu Bapa Masih Bawa Anak Ke Tempat Awam

Oh! Artis

Shima Anuar Kesal Lihat Ibu Bapa Masih Bawa Anak Ke Tempat Awam

Noor Hashimah Anuar atau lebih dikenali sebagai Shima Anuar memuatnaik satu posting di Instagram Story (IG Story) akaun miliknya, @shimaanuar meluahkan rasa kecewa apabila dia melihat ramai ibu bapa masih membawa anak-anak ke tempat awam.

ADVERTISEMENT

Pelakon jelita itu berkata dia melihat perkara itu ketika keluar membeli barang keperluan bersendirian di salah sebuah pusat membeli belah, The Curve yang terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Pergi Curve tadi beli barang for kids and collect stock contact lens. I’m alone. Tapi tadi ada banyak family keluar ramai-ramai siap bawak kids lagi. Seronok ek? Covid-19 tu dah lesap dari dunia ke eh..? Ke ada yang pakai ubat kebal? Kalau ada, meh lah share dekat mana beli?

Korang kena ingat gais yang seluruh dunia masih berusaha melawan jangkitan wabak Covid-19 ni. Tak kesian ke dekat petugas barisan hadapan? Diorang pun ada keluarga juga. Ohmedia cuma nak nasihatkan korang tak perlu bawa anak-anak ke tempat awam ketika situasi pandemik macam ni.

OHMEDIA: KALAU SAYANG ANAK, JANGAN LAH BAWA. BAHAYA! KITA BELUM MENANG GAIS.

Sumber: Instagram

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.



Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas