Connect with us

Oh! Media

Sharnaaz Ahmad Memilih Nama Jebat Untuk Anak Sulungnya Kerana

Anak sharnaaz noornabilajpg

Umum

Sharnaaz Ahmad Memilih Nama Jebat Untuk Anak Sulungnya Kerana

Sharnaaz Ahmad berkongsi sebab dia memilih nama Jebat Jayden Ahmad, buat anak sulungnya yang lahir pada tanggal 30 Ogos lalu itu.

Ujar aktor berusia 33 tahun itu, dia memilih nama berkenaan kerana tertarik dengan sejarah dan kehebatan pahlawan Melayu bernama Jebat.

“Sebenarnya nama itu tak ada maksud apa pun, yang ada maksud Ahmad sahaja. Saya meminati sejarah Melayu dan tertarik dengan kehebatan pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat.

IKLAN

“Dari muda lagi saya memang minat nama Jebat, sampaikan berlakon pun bawa watak Jebat, jadi itu fasal dapat anak pun diberi nama Jebat.

“Jayden pula pilihan Nabilah, saya ikut sahajalah sebab nama pertama saya dah pilih,” katanya.

Sharnaaz dan Noor Nabila bernikah pada 31 Mac tahun lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas