Umum
Setelah 44 Tahun Megah Berdiri, Akhirnya Ampang Park Dirobohkan

Ampang Park yang dibuka sekitar Mac tahun 1973 dan merupakan antara pusat membeli-belah pertama di Asia Tenggara ini telah tiada dan dirobohkan. Pelbagai usaha telah dilakukan dengan membawa isu ini ke mahkamah. Tetapi Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif menolak permohonan mereka.



Oh! Media: Tidak akan ada lagi Pusat Beli-Belah Ampang Park dan banggunan itu akan menjadi satu legasi terulung di Kuala Lumpur setelah berdiri megah selama 44 tahun. Selamat tinggal Ampang Park dan terima kasih.
