Connect with us

Oh! Media

(Video) Sering Diejek Gemuk, Lelaki Bengang Bunuh Dan Bakar Gadis Sekerja

Hhfjpng

Umum

(Video) Sering Diejek Gemuk, Lelaki Bengang Bunuh Dan Bakar Gadis Sekerja

Haa bukan biasa-biasa punya bengang ni, sampaikan sanggup membunuh dan membakar seorang rakan sekerjanya sendiri. Kes ini telah terjadi di Indonesia dimana seorang lelaki telah mengaku membunuh gadis berusia 17 disebabkan dia sering mengejeknya gemuk di hadapan orang ramai dan menyamakan dia dengan ahli sumo.

Ish memang tak baik lah kalau kita asyik body shaming orang ni kan. Buatnya orang tu marah or tak suka kan dah sampai membunuh macam kes ni. Tindakan lelaki ini yang telah mencekik gadis tersebut telah menyebabkan kematian lalu membakar mayatnya. Motor milik gadis itu turut dijual.

Menurut sumber, dari hasil siasatan rupa-rupanya lelaki itu telah merancang pembunuh gadis ini selama seminggu. Ini bermakna lelaki ini telah lama menyimpan dendam terhadap gadis tersebut. Apa yang Ohmedia baca, mayat gadis ini ditemui rentung di kawasan lapang Dusun Kelapa dan dikenal pasti sendiri oleh keluarganya melalui kasut dan topi keledar yang dipakai.

IKLAN




Ketika ditangkap, lelaki itu kelihatan langsung tidak menyesali kesalahannya malah duit jualan motor itu digunakan untuk membayar hutang dan membelanja isterinya. Kes ini dikatakan masih lagi dalam siasatan Polresta Banyuwangi.

Oklah, Ohmedia nak pesan sikit korang yang suka membahan atau mengejek kawan korang tu, berhentilah sebelum korang kena bunuh! Sebenarnya tak baik kita mengejek fizikal seseorang, mungkin dia berasa tertekan atau malu dengan ejekkan tersebut. So, jagalah mulut kita sebaik mungkin.

Sumber: Amazingnara

+Baca respon pembaca Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas