Connect with us

Oh! Media

Serbuan Mengejut di Lebih 10 Premis Nanostix, Petanda Cukai Rokok Elektronik Dikenakan?

Umum

Serbuan Mengejut di Lebih 10 Premis Nanostix, Petanda Cukai Rokok Elektronik Dikenakan?

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tiba-tiba premis menjual rokok elektronik jenama Nanostix telah diserbu pihak Kementerian Kesihatan di lima buah negeri serentak. Perkara ini disahkan oleh Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman yang mengatakan ia melibatkan lebih 10 premis di ibu negara Johor, Kuantan, Putrajaya dan Kangat.

ADVERTISEMENT

Kesemua kedai yang diserbu dimiliki oleh ejen-ejen syarikat kami yang menjual rokok elektronik. Setakat ini kita hanya boleh anggarkan lebih 10 buah kedai yang diserbu dan nilai stok yang dirampas berjumlah RM50,000 hingga ke RM200,000, katanya.

Serbuan ini dilihat amat mengejutkan Shahabudeen yang melihat undang-undang yang rasmi berkaitan rokok elektronik masih belum dikeluarkan sejak tahun 2015 dan oleh itu, penjualan telah dilakukan seperti biasa.

Bila tidak ada undang-undang rasmi yang berkaitan penjualan rokok elektronik, peniaga yang juga usahawan Melayu ini meneruskan penjualan seperti biasa. Serbuan juga dilakukan tanpa sebarang amaran dan peniaga-peniaga amat terkesan dengan kerugian yang dialami mereka, jelasnya.

Terpaksa akur dengan serbuan ini, Shahabudeen hanya boleh memastikan pihaknya kini bersedia untuk membayar cukai seperti yang dikenakan keatas syarikat rokok jika undang-undang itu digubal.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas