Connect with us

Oh! Media

Serangan Pengganas – 40 Maut dan 20 Cedera Parah Setakat Ini

Umum

Serangan Pengganas – 40 Maut dan 20 Cedera Parah Setakat Ini

Kemaskini serangan pengganas ke atas jemaah Masjid di New Zealand. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern kini telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan 40 maut manakala 20 lagi parah dalam serangan bersenjata di dua buah masjid di Chirstchurch.

ADVERTISEMENT

“Dapat saya jelaskan di sini bahawa insiden ini boleh dikelaskan sebagai serangan pengganas,” katanya.

“Apa yang kami tahu, ia kelihatan seperti sudah dirancang lebih awal.”

Pihak berkuasa turut menjumpai peranti letupan yang dipasang pada kenderaan penembak dan ia telah berjaya dimatikan oleh pihak anti bom New Zealand.

Berita selanjutnya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas