Connect with us

Seperti Serba Tidak Kena! Ronaldinho Serabut Fikirkan Masalah Kewangan

Umum

Seperti Serba Tidak Kena! Ronaldinho Serabut Fikirkan Masalah Kewangan

Mesti korang kenal dengan bekas penyerang sensasi Barcelona, Ronaldinho kan? Mestilah kenal sebab sejak dia bersara dalam dunia bola sepak pada tahun 2015 lepas, Ronaldinho telahpun diangkat sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA dan telah membawa Brazil menang Piala Dunia FIFA pada tahun 2002.

Tapi, nasib Ronaldinho sekarang semakin sedih apabila kini dilanda masalah kewangan. Masalah ini timbul bukan kerana dia tidak mempunyai wang kerana tidak bekerja, tetapi mungkin kerana kesilapannya sendiri.

Untuk pengetahuan korang, Ronaldinho telah dilarang untuk menjual 57 hartanah miliknya hanya kerana tidak membayat denda alam sekitar dan beberapa hutang lain.

Menurut akhbar Brazil, Ronaldinho telah berhutang sebanyak 9.5 juta reais atau RM10.4 juta dan ia merupakan denda kerana membuat laluan jambatan ke tengah laut tanpa kebenaran Porto Alegre.

Pihak bank juga sudah mengambil tindakan untuk mendapatkan semula hutang lain sebanyak 7.8 juta reais (RM8.5j), menurut Folha.

Tidak cukup dengan itu, pasport Ronaldinho turut dirampas sehingga ke semua hutangnya langsai. Macam mana agaknya Ronaldinho nak selesaikan semua masalah ni? Bertabahlah brader.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top