Connect with us

Oh! Media

Separuh Ketinggian Gunung Anak Krakatau Musnah

Umum

Separuh Ketinggian Gunung Anak Krakatau Musnah

Kini dilaporkan, ketinggian Gunung berapi Anak Krakatau telah musnah dua pertiga dari ketinggian asalnya. ini setelah berlaku beberapa letusan akibat cuaca buruk sehingga menyebabkan berlakunya tsunami di Indonesia yang telah mengorbankan 400 orang minggu lalu.

ADVERTISEMENT

Sebahagian kawah Anak Krakatau runtuh, selepas letusan dan jatuh ke dalam laut sehingga menjana gelombang tsunami, malam Sabtu minggu lalu.

Analisis visual oleh agensi gunung berapi Indonesia mendapati gunung berapi itu hilang lebih dua pertiga ketinggiannya, menurut seorang pegawai, semalam.

Sebelum ini, ketinggian Anak Krakatau adalah 338 meter, namun kini tingginya susut kepada hanya 110 meter sahaja. Agensi itu menjangkakan gunung berapi itu kehilangan antara 150 hingga 180 juta meter padu.

“Anak Krakatau kini lebih pendek, biasanya kamu boleh nampak puncaknya dari pos pemerhati, kini tidak lagi,” kata pegawai kanan agensi itu, Wawan Irawan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas