Connect with us

Oh! Media

Seorang Nelayan Indonesia Mendakwa Nampak Pesawat MH370 Terhempas 5 Tahun Lalu

Umum

Seorang Nelayan Indonesia Mendakwa Nampak Pesawat MH370 Terhempas 5 Tahun Lalu

Setelah hampir 5 tahun kejadian yang menggemparkan kita iaitu, hilangnya pesawat MH370 yang membawa 239 orang penumpang, kini muncul seorang individu yang dikatakan seorang nelayan dari Indonesia mendedahkan bahawa dia pernah melihat pesawat itu yang dilihat sedang jatuh ke kiri dan ke kanan seperti layang-layang di lautan Sumatera.

ADVERTISEMENT

Rusli Khusmin yang ketika itu sedang menagkap ikan di kawasan berkenaan berkata pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) turut diperolehinya.

“Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi, hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air,” katanya dalam sidang akhbar seperti dipetik Sinar Harian, di sini hari ini.

Rusli yang kini telah di bawa ke Malaysia oleh Persatuan Pengguna Subang dan Syah Alam telah membawa berita pendedahan itu.

Rusli yang turut membuat akuan bersumpah hari ini berkata, selepas kejadian pada 8 Mac 2014 itu, dia ada meninjau perkembangan pesawat tersebut tetapi tidak dapat mengesan apa-apa.

“Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid,” katanya.

Oleh itu, beberapa bukti yang menunjukkan kemungkinan ia adalah pesawat MH370 akan diserahkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan masih menantikan tindakan seterusnya.

Sumber: Utusan

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas