Connect with us

Oh! Media

Seorang Lelaki Bergelar Bapa Pasti Akan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Dipertanggungjawabkan Kepada Orang Lain

Umum

Seorang Lelaki Bergelar Bapa Pasti Akan Rasa Sebak Bila Melihat Anak Dipertanggungjawabkan Kepada Orang Lain

Ayah kita ni, kadang-kadang memang dari riak wajah nampak garang dan tak banyak bercakap, tapi sebenarnya dalam hati seorang ayah, dialah paling pantang anaknya diusik walaupun hanya seekor nyamuk. Tetapi, biasa juga kita dengar yang anak lelaki selalunya rapat dengan ibu dan anak perempuan pula rapat dengan bapa.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini, tersebar satu video pernikahan yang dinaikkan oleh Yasmin Sofea di akaun Twitternya yang mendapat lebih 4,000 like dan turut berjaya menyentuh hati netizen apabila bapanya tidak dapat menahan rasa sebak dan sedih semasa menjadi wali kepada anak perempuannya yang merupakan anak sulung.

Only God knows how much along love you papa. i will always be ur first little baby daughter. halalkan segalanya untuk along pa. i love u & ur the best papa i could ever have. along sayang papa sangat, tulisnya.

Menurut Yasmin semasa dihubunginya, dia sememangnya sangat rapat dengan ayahnya sejak kecik. Ayahnya terlalu sebak sehingga mengalirkan air mata semasa majlis akad nikad sedang berlangsung.

Kalau sesiapa yang kenal Papa, korang akan tahu Papa tidak akan menangis walau apapun terjadi. Dia sangat kuat, tegas, pendiam, garang dan tidak pernah beritahu kitaorang yang dia sayang kami.

Masa Papa jumpa husband first time before merisik. Dia ada bagitau Firdaus (andai kata semua ni berjalan lancar, Uncle nak bagitau satu perkara. “If lepas kahwin ada yang tak suka dengan anak Uncle, macam mana Uncle bagi dia dekat awak, pulang kan dia balik secara baik” that part buat I cried a bit. Sebab dia betul-betul nak kan yang terbaik untuk anak dia.

Itulah sedikit perkongsian dari rakan kita. Macam mana pula pengalaman korang melangsungkan perkahwinan dahulu? Buat mereka yang masih ibu bapa, dapatkanlah restu mereka dalam apa sahaja pekerjaan yang kita ingin lakukan.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas