Connect with us

Oh! Media

“Semua Sebab Losyen Tangan” – Ziana Zain

Umum

“Semua Sebab Losyen Tangan” – Ziana Zain

ADVERTISEMENT

Gara-gara menyapu losyen pada tangan sebelum memulakan persembahan, penyanyi Ziana Zain berhadapan dengan situasi lucu apabila mikrofon yang digunakan semasa mendendangkan lagu terpelanting ketika membuat persembahan pada minggu kemuncak Kuala Lumpur Fashion Week 2015.

Walaubagaimanapun, Ziana menganggap insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai drama lucu sepanjang karier nyanyiannya.

“Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyanyian ketika menyampaikan lagu XO (nyanyian asal, Beyonce), saya mahu angkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.

“Selamat saya tak jatuh. Tetapi ketika kejadian itu, semua orang berdiri dan bersorak. Tetapi itulah, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak terjadi, ia tetap akan terjadi,” katanya.

Walaupun terkejut dengan insiden itu, Ziana masih mampu bersikap professional dan mengambil kembali mikrofonnya dan mengucapkan “Thats the end….. Thank You!”.

Oh! Mikrofon Ziana Zain Jatuh
Tu diaa, penyanyi lagend kita Ziana Zain menghayati lagu sampai jatuh mikrofonnya.
Posted by Oh! Media on Monday, August 17, 2015

Sambungan Part Last :

Aset Wanita?

Untuk maklumat kaum wanita sahaja. Video ini berkenaan produk Naturaful, berkaitan tahap keyakinan diri anda.Produk…

Posted by Oh! Media on Tuesday, August 18, 2015

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas