Connect with us

Oh! Media

Semua Restoran Terbuka Termasuk Mamak Akan Menjadi Kawasan Larangan Merokok Tahun Ini

bola2bmamakjpg

Oh! Negara

Semua Restoran Terbuka Termasuk Mamak Akan Menjadi Kawasan Larangan Merokok Tahun Ini

Nampaknya, berita ini mungkin tidak disambut baik oleh semua perokok. Tetapi ia adalah berita baik buat ibu ayah serta masyarakat yang cukup ‘alergik’ dengan asap rokok. Disember ini, semua restoran terbuka termasuklah restoran mamak akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye dalam sidang Dewan Negara semalam berkata, “Pewartaan ini adalah komitmen Malaysia sebagai negara anggota kepada Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau dan mematuhi panduan di bawah Artikel 8 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Ia juga merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok.”

Oleh itu, mereka ingin memperluaskan lagi kawasan larangan mero­kok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

IKLAN

Tetapi walau bagaimanapun, cadangan berkenaan masih lagi dalam proses perbinca­ngan pihak kementerian de­ngan beberapa pihak berkepentingan.

Jika peraturan ini tidak dipatuhi, mereka terbabit boleh didenda RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Tambah beliau lagi, selain restoran terbuka, pihaknya turut mencadangkan bilik me­rokok di Parlimen ditutup mulai Oktober ini bagi menjadikan keseluruhan kawasan berkenaan sebagai bebas merokok.

Seta­­kat ini di bawah Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017, terdapat 23 tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk pusat hiburan, teater (kecuali pub, disko, kelab malam dan kasino), dalam lif atau tandas awam, tempat makan berhawa di­ngin, dalam kenderaan awam atau hentian awam, lapangan terbang, kawasan premis kerajaan dan kawasan yang digunakan untuk apa-apa aktiviti perhimpunan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas