Connect with us

Oh! Media

“Semua Ini Bukan Gimik Seperti Difikirkan Sesetengah Orang” – Shaheizy Sam

Umum

“Semua Ini Bukan Gimik Seperti Difikirkan Sesetengah Orang” – Shaheizy Sam

Siapa je tak kenal pelakon filem Polis Evo iaitu Shaheizy Sam? Lakonan dia memang mantap gais dengan Zizan Rizak. Dahlah sado dalam cerita tu but in real life dia gemuk hehehe.

ADVERTISEMENT

Maklumlah orang dah kahwin ni akan adanya turun naik berat badan sebab masakan air tangan seorang isteri. Alhamdulillah, sihat je sis tengok Shaheizy Sam. Baru-baru ini, Shaheizy membuka penyertaan kepada 33 peminatnya untuk menyahut cabaran #20dayschallenge menurunkan berat badan.

Pergh! Dalam masa 20 hari je gais korang kena turunkan berat badan korang. Psst…korang yang perut macam Shaheizy tu tak nak join juga ke? Tak kan nak biarkan perut korang boyot macam tu? Time ni lah korang pun berusaha untuk kurus dan sahut cabaran Shaheizy Sam. Alaa korang buatlah hashtag korang sendiri #20DaysChallengeShaheizySam.

Semua ini bukan gimik seperti difikirkan sesetengah orang. Bagi saya, soal berat badan sama ada kurus atau gemuk berbalik kepada kesedaran diri. Pada satu ketika, saya sendiri tekun menjaga badan bagi menjayakan watak dalam filem. Ada masanya, seperti orang lain juga, saya mahu menikmati makanan tanpa rasa bersalah. Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing. Usaha menaikkan atau menurunkan berat bukan susah. Paling utama, kita kena ada semangat dan dedikasi untuk berbuat begitu. Jika begitu caranya, ia menjadi proses yang mudah. Saya pernah menguruskan badan untuk watak dalam filem, Pinjamkan Hati, dan kembali ‘sado’ dalam Polis Evo. Cuma, kali ini, usaha saya itu lebih menyeronokkan kerana ia turut membabitkan penyertaan peminat dan orang awam, selama 20 hari cabaran berlangsung

Shaheizy Sam ni bukan saja-saja je tau buat #20dayschallenge ni tetapi disebabkan tak lama lagi dia kena berlakon dalam filem Polis Evo 3. Fuh, tak sabar sis nak tengok! Haa apa cerita? Korang onz ke tak onz join challenge Shaheizy Sam?

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Moto Vlog


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas