Connect with us

Oh! Media

Sembunyi Penyakit Koronavirus, Seorang Lelaki Ditampar Oleh Petugas Kesihatan Selain Perlu Membayar Denda!

ohmedia corona 12b252822529png

Umum

Sembunyi Penyakit Koronavirus, Seorang Lelaki Ditampar Oleh Petugas Kesihatan Selain Perlu Membayar Denda!

Sumber gambar dari Nikkei Asian Review

Akhir-akhir ini penularan wabak koronavirus semakin menjadi-jadi dengan membabitkan beberapa negara diseluruh dunia. Setakat ini yang Ohmedia tahu, negara yang terkena seperti Malaysia, Thailand, Filipina, Jerman, India, Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan lain-lain. Di Taiwan, Ohmedia dapat info ada seorang lelaki cuba sembunyikan hal sebenar yang bahawa dia terkena jangkitan wabak berkenaan.

Memetik laporan Nikkei Asian Review, lelaki berkenaan didenda sebanyak 300,000 dolar Tiawan bersamaan RM40,000. Dahlah kena denda, siap pakej kena tampar sekali dengan petugas kesihatan Taiwan. Ini kerana lelaki berkenaan gagal memberitahu simptom wabak ketika masuk ke Taiwan, menyebabkan dia disabitkan kesalahan melanggar undang-undang kawalan jangkitan. Lelaki berkenaan turut dikatakan pergi ke kelab malam tanpa memakai penutup muka.

Kesan dari tindakan lelaki berkenaan, seramai 80 orang telah dijangkiti virus berkenaan dimana kesemua mereka ditahan dan diletakkan di bawah pengawasan pihak berkuasa kesihatan. Betul punca mamat ni, tak pasal-pasal kerana dia sorang, habis 80 orang terkena jangkitan. Korang yang kat luar sana tu, kalau rasa tak sihat, demam ke, batuk-batuk, atau selesema, cepat-cepat jumpa doktor, jangan jadi macam mamat ni, tak pasal-pasal kena denda.

IKLAN

Sumber: BorakDaily

+ Baca respon pembaca Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas