Connect with us

Oh! Media

Selesema Burung H5N1 & H5N8 Dikesan Di China & Eropah

Umum

Selesema Burung H5N1 & H5N8 Dikesan Di China & Eropah

Belum sempat menjumpai penawar untuk wabak koronavirus, kini China dikatakan sedang bergelut dengan satu lagi virus iaitu, selesema burung H5N1. Perkara ini disahkan oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri China.

ADVERTISEMENT

Menurut mereka, wabak ini mula dikesan pada 1 Februari lalu dan kerajaan China telah bertindak membunuh dan menghapuskan 17,828 ekor ayam setakat ini.

Selesema burung H5N1 yang datang dari haiwan ini akan menyebabkan kesukaran bernafas yang teruk pada burung dan ia boleh menjangkiti manusia. H5N1 bukanlah wabak bahru bagi China dan ia mula menyerang negara itu pada tahun 1996.

Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah. Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti. – Kata WHO.

Manakala wabak H5N8 dilaporkan telah mula tersebar di sekitar Eropah dalam beberapa minggu ini. Semoga kita semua dilindungi dari serangan wabak yang bahaya ini

+ Baca respon pembaca di facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas