Connect with us

Selepas Teruk Dikecam Netizen, Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam!

Umum

Selepas Teruk Dikecam Netizen, Ali Puteh Tampil Beri Penjelasan Situasi Sebenar Harta Arwah Abam!

Sumber gambar dari Google

Baru-baru ini sedang hangat diperkatakan tentang keadaan balu arwah Abam, Noor Hidayah Mohd Ali yang dikatakan segala kemudahan tidak diberikan kepadanya sebagai balu kepada arwah seperti yang didedahkan oleh Dato Aliff Syukri. Bagaimanapun, pendedahan yang dilakukan oleh jutawan berkenaan telah mendapat kecaman netizen termasuk adik kepada arwah, Ali Puteh. Kemudian Ali Puteh telah memuat naik beberapa posting  yang mengecam kakak ipar dan jutawan kosmetik berkenaan kerana semuanya dilakukan demi content Youtube.

Sumber gambar dari Instagram @aliputeh89

Ini menyebabkan Ali Puteh teruk dikecam netizen di akaun Instagram miliknya, sehingga ada yang menasihati Ali supaya tidak memakan harta anak yatim disamping yang cuba menerangkan bahawa Ali tidak berhak keatas harta-harta peninggalan arwah Abam secara faraid. Ada juga beberapa rakan artis yang cuba menenangkan Ali dan meminta beliau untuk bersabar dengan tuduhan yang dilemparkan keatas dirinya. Susulan hal berkenaan, Ali Puteh telah memberi penjelasan sebenar situasi sebenar harta peninggalan arwah Abam. Menurut Ali, perkara berkenaan sudah pun dibincangkan sebelum ini, dimana Ali akan menguruskan semua harta peninggalan arwah Abam sebelum difaraidkan.

Isu telefon bimbit arwah dan wallet 

Ali mendedahkan telefon berkenaan diambil tujuannya adalah untuk menjelaskan hutang-hutang arwah yang masih berjalan kerana telefon berkenaan mengandungi maklumat hutang arwah. Wallet berkenaan diambil oleh Ali selepas diserahkan oleh balu arwah untuk kad SENIMAN bagi memohon bantuan khairat kematian. Ali mendedahkan, wallet yang diterima tidak mengandungi kad bank serta wang arwah kerana dipegang oleh balu arwah.

Bagi isu kereta Vellfire dan Myvi

Kereta Vellfire  berkenaan perlu dibayar sebanyak RM 2,500 secara bulanan sehingga selesai. Ali menjelaskan Myvi berkenaan diambil oleh arwah dari pakcik mereka untuk disambung bayar, malangnya kereta tersebut masih lagi milik pakcik mereka kerana belum ditukar milik. Tambah Ali, keadaan masih kelam kabut dan belum berkesempatan untuk menukar nama.

Terpaksa menghantar anak ke klinik menggunakan Grab

Ali menafikan hal berkenaan. Selepas beberapa hari pemergian arwah, anak arwah dikatakan tidak sihat selepas ibu Ali perasan badan cucunya dalam keadaan sangat panas. Oleh sebab itu, balu dan anaknya telah dihantar oleh driver mereka ke klinik, bukannya menggunakan Grab seperti didakwa.

Dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang

Disamping itu, isu balu dihalau keluar dari rumah sehelai sepinggang, Ali menjelaskan balu sendiri yang mahu keluar dari rumah untuk tinggal bersama bapa dan ibunya pada hari keenam pemergian arwah meskipun dalam Edah walaupun telah dimaklumkan bahawa tahlil arwah akan diadakan pada hari ketujuh. Beliau turut menambah, segala wang tunai yang disimpan oleh arwah didalam almari sudah tiada serta balu juga turut menerima sumbangan terus melalui akuan personal.

Bagaiamanapun Ali menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan perkara yang bertentangan dengan agama seperti yang dituduh oleh netizen. Bagaiamanapun Ali berjanji akan menyelesaikan perkara ini satu persatu supaya pembahagian harta secara faraid ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Ali menambah, beliau tidak tergamak berbuat begitu keatas anak arwah abangnya kerana menganggap anak arwah abangnya adalah anak dan warisnya juga.


OHMEDIA: DIHARAPKAN PERKARA INI DAPAT DISELESAIKAN SECARA MUAFAKAT ANTARA AHLI KELUARGA DAN BALU ARWAH ABAM. NASIHAT OHMEDIA KEPADA NETIZEN, KITA JANGAN DENGAR SEBELAH PIHAK SAHAJA, DENGAR KEDUA-DUANYA, THEN BARU NILAIKAN.

Sumber: Youtube Video Terkini

+ Baca respon pembaca Ali Puteh beri penjelasan situasi sebenar di Facebook Oh! Media

Penulis content & Ketua Multimedia di Oh! Media. Memastikan pelbagai content menarik dapat dicipta khas untuk Oh! Media sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top