Connect with us

Oh! Media

Selepas Qu Puteh, Kian Banyak Produk Kosmetik Taja Kelab Bola

Umum

Selepas Qu Puteh, Kian Banyak Produk Kosmetik Taja Kelab Bola

Gambar Wow Berita

KUALA LUMPUR, 14 Jan ― Selepas pasukan Kelantan ditaja produk kosmetik Qu Puteh dan Pamoga, kini makin banyak produk kecantikan berhasrat menaja kelab bola sepak musim ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Sah! Qu Puteh Taja Pasukan Kelantan

Pemilik syarikat D’Herbs Holding Sdn Bhd Datuk Aliff Syukri sedang mempertimbangkan untuk menaja juara Piala Malaysia musim lalu Selangor, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Namun usahawan ‘terlajak laris’ itu mengakui belum ada sebarang kata putus memandangkan ia masih dalam rundingan.

Manakala pengarah urusan Nouvelles Visages (NV) Erni Dekritawati Yuliana Buhari sedang menimbang untuk menaja Selangor dan juara Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Erni, atau lebih dikenali sebagai Rita Sosilawati, memilih dua pasukan berkenaan kerana mempunyai kaitan kenegerian dengan keluarganya.

Satu lagi syarikat kosmetik Megah Perawan Sdn Bhd bakal menaja pasukan Liga Perdana, PKNS. Perbincangan lanjut dengan pihak pengurusan kelab tersebut dibuat hari ini.

“Memang benar pihak syarikat kami ingin menaja pasukaan PKNS FC, namun ketika ini tiada sebarang keputusan dibuat.

“Segala-galanya akan diketahui selepas mesyuarat antara kedua-dua pihak dan kami bersedia mendengar pandangan daripada PKNS FC serta syarat-syarat yang bakal mereka kemukakan,” kata pengarah urusannya Khairilaziry Wahid kepada Kosmo!.

Pengasas Vida Beauty Sdn Bhd Datuk Seri Hasmiza Othman akan menaja The Red Warrior (TRW) selama dua musim. Jumlah dan syarat penajaan masih belum jelas.

Syarikat itu dijadual menandatangani perjanjian dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) esok.

+ Themalaymailonline

Chriszen Roller Moist Cream

Chriszen Roller Moist Cream

Bagus betul Chriszen Roller Moist Cream ni. Nampak senang betul kalau nak nampak kulit glowing dan flawless! Memang lain dari yang lain – Chriszen Official.

Posted by Oh! Media on Thursday, January 14, 2016

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas