Connect with us

Oh! Media

Selepas Beli Kediaman The Conjuring, Pasangan Ini Akui Rumah Itu Berhantu!

add2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btextpng

Umum

Selepas Beli Kediaman The Conjuring, Pasangan Ini Akui Rumah Itu Berhantu!

Ada sepasang suami isteri yang berasal dari Mexico membeli rumah di Rhode Island, Amerika Syarikat mengalmai gangguan misteri tau! Kalau korang nak tahu, rumah tu sebenarnya tempat shooting cerita seram, The Conjuring.

Pasangan itu yang bernama Cory dan Jennifer Heinzen merupakan penyelidik paranormal sejak 10 tahun lalu. Fuh, teringat pula watak ED dan Lorraine. Patutlah tak nak tinggalkan rumah tu! Kalau sis, dah lama keluar.

Kami membeli rumah ladang ini meskipun tahu ia memiliki sejarah yang gila. Persekitarannya nyata mempesonakan dan amat tenang, malah siap dengan sungai di bahagian belakang rumah serta sebuah kolam. Kami langsung jatuh cinta kepada rumah itu. Selain itu, sejarah keluarga Warrens menguatkan lagi minat kami untuk memiliki kediaman ini,

Kalau korang nak tahu, The Conjuring ni adalah filem seram yang ditayangkan pada tahun 2013 berdasarkan kisah benar tau. Yang belum tengok, pergi tengok okay! Okay, sis cerita sikit je. And the rest, korang pergi tengok.

IKLAN

Filem ni mengisahkan tentang penyiasatan paranormal macam pasangan ni juga cuma ED and Lorraine dulu datang membantu keluarga yang bernama Perron sebab ada gangguan misteri dekat rumah diaorang yang terletak di Harrisville, Rhode Island pada tahun 1971. Okay back to the topic!

Cory dan Jeniffer Heinzen dah hampir dua bulan diaorang tinggal dekat rumah tu kena hadap gangguan misteri dan keadaan mulai seram seperti terdengar bunyi suara-suara pelik, hentakan kaki dan ketukan di sekitar rumah selain daun pintu terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Tetapi isteri kepada Cory tetap optimis tentang projek diaorang untuk membuka rumah diaorang kepada penggemar paranormal.

Agak sukar untuk tinggal di rumah itu. Ia kedengaran sangat ‘sibuk’. Kali pertama bermalam seorang diri di situ agak menyeramkan. Bohong kalau saya katakan saya tidak gementar, tetapi itulah tujuan utama saya. Amat menakutkan sebenarnya tinggal di rumah ini kerana banyak perkara yang berlaku, namun ia tetap selesa bagi kami. Kami merancang untuk melestarikan sejarah rumah ini sebelum membukanya kepada pengunjung dan penyelidik paranormal hujung tahun ini.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas