Connect with us

Oh! Media

Lebih Dari 10 Selebriti Popular Bertapak Di Starvilion

Branded

Lebih Dari 10 Selebriti Popular Bertapak Di Starvilion

Memang ramai Netizen yang dah tahu pasal Starvilion ni sebab dah viral kan. Tapi untuk yang belum tahu, meh Ohmedia kongsi sikit. Starvilion yang diasaskan oleh Mohamad Farid Omardin dan Zaileen Yusnita Abd Jalil ini telah mencetus satu revolusi baru untuk para selebriti mempamerkan busana mereka sendiri dan dalam masa yang sama memudahkan para peminat untuk mendapatkan fasyen pakaian berjenama dari artis kegemaran mereka.

Baru sahaja dibuka secara rasmi pada 21 April 2018 yang lalu, Starvilion yang bertempat di Shah Alam ini telah diserbu oleh ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai jenis pakaian sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

Bukan sahaja warga Kuala Lumpur, malah ramai yang sanggup datang dari Selatan dan Utara tanahair untuk mendapatkan koleksi pakaian dari selebriti kesukaan diorang.

Starvilion membariskan pelbagai koleksi pakaian daripada ramai selebriti popular tanahair dengan jenama mereka sendiri seperti Wak Doyok (baju Melayu), El by Elfira Loy (baju kurung), Rindu by Wany Hasrita (baju kurung), Owl by Nora Danish (baju kurung), ( Impian by Nelydia Senrose (baju kurung), Hisyam Hamid (kurta & baju Melayu Johor), Amira Othman x Zareeth Zehra (jubah & baju kurung), Remy Ishak, Mia Sara, Fazura & Fattah Amin, dan ramai lagi lagi.

Senang cerita, Raya tahun ni memang raya paling glamour la untuk korang yang datang ke Starvilion ni kerana semua jenis pakaian ada tersedia dan cukup mudah kerana semuanya di bawah satu bumbung.

STARVILION
No 37 Jalan Plumbum P7/P,
Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam, Selangor

Oh ya, korang boleh juga follow Starvilion di Instagram.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas