Connect with us

Oh! Media

Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi, Percaya Ada Pihak Ketiga

ohmedia2btulisan2bjawipng

Umum

Tersebar Kain Rentang Sekolah Tidak Setuju Tulisan Jawi, Percaya Ada Pihak Ketiga

Rasanya semua orang dah tahu dan lihat gambar yang tersebar ni apabila terdapat beberapa buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Melaka telah menaikkan kain rentang yang menulis penolakan dan tidak setuju kepada tulisan Jawi.

Isu ini mendapat perbualan hangat dan pendebatan dari semua pihak. Dalam pada itu, Datuk Noor Effandi yang merupakan Exco Pendidikan Negeri ada mengatakan ada pihak yang telah mencetak kain rentang dalam jumlah yang banyak sebelum menggantungnya di pagar sekolah ketika pihak pengurusan sedang bercuti.

Ini semua dapat dilihat dari gambar yang dikonsikan Sinar Harian yang menunjukkan terdapat banyak sekolah menggunakan kain rentang yang sama bagi menimbulkan rasa kurang senang rakyat.

IKLAN

Bagaimanapun, kini Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah sedang melakukan siasatan kerana ia jelas dilihat seperti ada pihak ketiga yang sengaja melakukan perkara keji seperti ini tanpa pengetahuan pihak pengurusan sekolah.

Kita juga dapat melihat yang kain rentang terbabit tidak terdapat sebarang logo sekolah, nama sekolah mahupun nama pengetua sekolah yang terbabit. Apa-apapun kita harapkan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas