Connect with us

Oh! Media

Sekat Kandungan Berkaitan Pro Palestin, Facebook Tampil Mohon Maaf

Facebook Minta Maaf

Oh! Tidak

Sekat Kandungan Berkaitan Pro Palestin, Facebook Tampil Mohon Maaf

Pegawai Eksekutif Kanan Facebook tampil membuat permohonan maaf kepada Perdana Menteri Palestin menerusi mesyuarat secara virtual berhubung aduan yang dibuat terhadap Facebook yang menyekat seluruh kandungan yang mempunyai unsur pro Palestin.

Mesyuarat secara virtual pada minggu lalu itu turut dihadiri oleh Naib Presiden Facebook bagi Polisi Awam Global, Joel Kaplan dan Ketua Polisi Asia Barat dan Afrika Utara, Azzam Alameddin.

Ketua Misi Palestin ke United Kingdom, Husam Zomlot berkata bahawa Facebook sudah mengakui isu tersebut dan pihaknya berjanji akan menangani perkara itu.

IKLAN

Menurutnya lagi, pasukan Facebook memaklumkan pihaknya secara tidak tepat melabelkan perkataan tertentu yang kerap digunakan oleh penduduk Palestin termasuk ‘Martyr’ (Syahid) dan ‘resistance’ ( Pertempuran).

Facebook mendakwa perkataan yang digunakan itu sebagai hasutan melakukan kekerasan dan mereka berjanji akan menilai dan menyemak kembali kerangka kerja tersebut.

Pengguna media sosial dari Palestin dan seluruh dunia akhir-akhir ini telah memuat naik gambar dan berkongsi video mengenai keganasan tentera Israel terhadap penduduk Palestin dan mereka mengguna tanda pagar #SaveSheikhJarrah dan #GazaUnderAttack dalam bahasa inggeris dan Arab.

Bagaimanapun, saluran media sosial lain termasuk Twitter dan Instagram turut menyekat dan menggenakan had kepada pengguna sosial media yang terutamanya di Palestin yang menyuarakan penindasan yang berlaku.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas