Connect with us

Oh! Media

Sehari Bersama Haikal Zarrin, Penyanyi Lagu Menunggumu

Branded

Sehari Bersama Haikal Zarrin, Penyanyi Lagu Menunggumu

Jika anda pernah mendengar lagu “Menunggumu”, pasti ingin mengenali lebih dekat penyanyi yang berasal dari Kajang ini. Haikal Zarrin merupakan anak ke-3 dari 5 beradik dan merupakan seorang yang tidak banyak bercakap dan lebih selesa mengekpresi perasaan dan juga kisah hidupnya melalui lagu dan juga alat muzik.

Menurut Haikal Zarrin, apa sahaja lagu yang diciptanya adalah berdasarkan kisah benar masa silamnya. Beliau juga suka mencipta atau menyanyikan sesebuah lagu yang ditujukan kepada wanita kerana ianya mampu memberi pesanan kepada wanita di luar sana supaya lebih mengenali, menghargai hati dan naluri seorang insan bernama lelaki.

“Seperti lagu single pertama saya bertajuk “Menunggumu” ini mengisahkan tentang diri saya menunggu seorang wanita tetapi tetap juga ditinggalkan“, jelasnya.

Menurut Haikal Zarrin lagi, single ke-2 beliau nanti bertajuk “Selamat Pagi” di mana mengisahkan tentang dirinya yang sedang sedaya upaya mencuri hati seseorang yang amat diminatinya. Kira ‘crush’ la ni ya tak? Menariknya, jika dia berjaya menawan hati wanita tersebut nanti, mungkin single ke-3 akan diterbitkan berdasarkan kisah itu.

Peminat boleh mengikuti kisah cinta saya dalam lagu-lagu yang akan datang“, jelas Haikal Zarrin lagi sambil ketawa.

Graduan kelahiran Limkokwing University dalam bidang Audio Engineering ini telah meminati bidang nyanyian sejak di usia 11 tahun lagi di mana menurut Zarrin, ayahnya mula mengajar bermain gitar sekitar usia 13 tahun dan Zarrin mula mengambil serius tentang bidang muzik pada sekiktar umur 17 tahun.

Haikal Zarrin pernah menubuhkan sebuah band muzik bergelar “SEVENMILES” ketika itu dan mula membuat persembahan Gig Underground pada zaman “INDIE” sehingga tahun 2009. Ketika itu, menurit Zarrin dia lebih serius dalam bidang “recording” dan mencipta lagu sahaja. Sehinggalah pada tahun 2014, Haikal Zarrin membuat keputusan untuk menjadi artis solo untuk meneruskan bidang nyanyiannya. Dengan itu terhasil sebuah lagu baru “Menunggumu” yang berkonsepkan irama balada yang sangat sedap untuk didengar.

Haikal Zarrin – Menunggumu

Lamaran dari Warner Music Malaysia untuk menjadi pengedar lagu single terbaru ini, sekaligus akan mengangkat nama Haikal Zarrin terus lebih jauh lagi di dalam industri muzik negara ini. Beliau kini dikhabarkan di dalam proses melahirkan sebuah album dan akan diumumkan selepas Aidilfitri tahun ini.

Haikal Zarrin sangat berharap kehadirannya di dalam industri muzik tanahair ini dapat diterima ramai.

Saya berharap masyarakat atau penggemar muzik di Malaysia dapat menerima hasil karya saya dan terus menyokong kerjaya saya sebagai Singer Song-Writer”

Pada pandangan Oh! Media, lagu Menunggumu ini jika pertama kali didengar, pasti tak sangka ianya datang dari artis Malaysia. Tidak dapat dinafikan ianya sebuah lagu yang sangat unik dan memberi makna yang sangat mendalam. Selamat maju jaya buat Haikal Zarrin, semoga terus melahirkan karya-karya hebat untuk industri muzik Malaysia.

Biodata Penuh

NAMA: MOHAMMAD HAIKAL ZARRIN BIN MOHAMMAD KAMAL
TARIKH LAHIR: 4 DISEMBER 1990 ( 25 TAHUN )
ASAL: KAJANG, SELANGOR
EMAIL: [email protected]
NO H/P: 0111-6694006
FACEBOOK FAN PAGES : www.facebook.com/haikalzarrin
INSTAGRAM : @haikalzarrin
TWITTER : @haikalzarrin

Pelajaran:
– Diploma Pengurusan Pentadbiran di UNISEL
– Diploma Sound and Music Academy di LIMKOKWING UNIVERSITY

Kerjaya sebagai:
1. Penyanyi / Guitarist
2. Komposer / Produser
3. Audio Engineer

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas