Connect with us

Oh! Media

Segera Hapus Dosa Dengan Amal Kebaikan

Umum

Segera Hapus Dosa Dengan Amal Kebaikan

Rasulullah saw bersabda :

ADVERTISEMENT

اتق الله حيثما كنت ، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن
“Takutlah kepada Allah di mana pun kamu berada. Iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapuskannya. Serta bergaulah dengan orang dengan akhlak yang baik” (Hadith Ahmad)

Pelajaran dari hadith ini bahawa seorang hamba apabila terjatuh dalam dosa, hendaklah bersegera menghapuskannya dari catatan amalnya, supaya ia terhindar dari segala akibat buruk yang akan timbul dari dosa yang ia lakukan itu. Oleh kerananya Nabi saw bersabda:

وأتبع السيئة الحسنة تمحها…
“iringilah perbuatan dosa dengan amal kebaikan, kerana dapat menghapuskannya…”

Kalimah yang menunjukkan kesegeraan, ertinya segera tutupi dosa-dosa dengan taubat dan amal soleh. Jangan menunda-menunda. Kerana dosa yang terbiar lama dalam diri, sangat berbahaya. Dosa yang tidak segera ditaubati dikhuatirkan akan melahirkan dosa lain. Semakin banyak dosa, hati akan semakin gelap, tertutup oleh noda-noda dosa.

Allah berfirman :

إِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ * كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
“Wahai Muhammad, ingatlah ketika Al-Quran dibacakan kepada orang kafir. Orang kafir itu berkata, “Al-Quran hanyalah dongeng orang-orang dahulu.” Sekali-kali tidak! Bahkan hati orang-orang kafir itu telah tertutup oleh dosa yang mereka kerjakan.” (Al-Muthoffifin: 14)

Hasan Al Bashri menerangkan makna ‘rhan’ pada ayat di atas,

هو الذنب على الذنب حتى يموت القلب
“Itu adalah dosa yang ditambah dosa sehingga mematikan hati” (Tafsir al Baghowi)

Bahaya Mengumpul Dosa Tanpa Bersegera Beramal Baik

Bila dosa terus diulang, ditambah dosa-dosa lain, tanpa ada usaha untuk bertaubat dan mengimbanginya dengan amal soleh, maka noda-noda hitam yang mempergelap hatinya akan semakin banyak. Bahkan hati dapat tertutup dari cahaya Allah. Hatinya menjadi gelap dan hitam. Ia menjadi tak peduli dengan kualiti iman dan kesihatan hatinya. Nasihat-nasihat akan sukar masuk ke sudut hati. Sampai akhirnya meninggal dunia dengan membawa dosa yang belum ia taubati. Tentu ini akan membawa petaka di akhirat nanti.

Nabi saw bersabda :

إن العبد إذا أخطأ خطيئة نكتت في قلبه نكتة سوداء فإذا هو نزع واستغفر وتاب سقل قلبه وإن عاد زيد فيها حتى تعلو قلبه وهو الران الذي ذكر الله { كلا بل ران على قلوبهم ما كانوا يكسبون }
“Sesungguhnya seorang hamba apabila ia berbuat satu dosa, maka dititikkan dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia berusaha menghilangkannya dan beristighfar serta bertaubat maka terhapuslah titik tersebut. Jika kembali berbuat dosa maka akan bertambah sehingga memenuhi ruang hati. Itulah yang disebut dengan penutup hati yang disebutkan Allah, “sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya dosa yang selalu mereka perbuat itu menutupi hati mereka.” (Hadith Tirmidzi)

Ada sedikit saja kotoran yang melekat di pakaian, kita merasa resah. Mengapa kita tidak resah dengan dosa yang menodai hati? Orang yang bijak merasa khuatir dan segera membuang jauh-jauh noda-noda hati itu.

Tiga Hal yang Dapat Menghapus Dosa

1. Bertaubat
2. Beristighfar
3. Amal soleh

Wallahu a’lam

+ Ustaz Azhar Idrus

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas