Connect with us

Oh! Media

“Saya Tidak Fikir Panjang Dan Terus Memilih Dayang” – Hael Husaini

Umum

“Saya Tidak Fikir Panjang Dan Terus Memilih Dayang” – Hael Husaini

Sejak Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah mengeluarkan lagu yang bertajuk Haram, ramai peminat sering mengaitkan diorang berdua sebagai pasangan bercinta. Kalau korang nak tahu, hubungan diorang rapat disebabkan atas faktor kerja.

ADVERTISEMENT

Walaupun bagaimanapun, Hael berasa selesa apabila bekerjasama dengan Dayang kerana Dayang banyak membantu untuk memudahkan urusan kerjanya setiap kali dia memerlukan.

Kami hanya melakukan tugas sebagai penyanyi dan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan yang terbaik. Hubungan kami masih berlandaskan profesional. Sebenarnya, secara peribadi, saya selesa dengan Dayang malah dia banyak membantu memudahkan urusan kerja setiap kali diperlukan. Saya tidak berani meramalkan masa depan. Doakan sahaja yang baik-baik. Projek itu memerlukan saya menyanyi bersama pasangan duet. Saya tidak fikir panjang dan terus memilih Dayang kerana kami sudah serasi. Memang ada yang bertanya, kenapa kami tidak merakamkan lagu baharu. Perkara itu masih dalam perancangan dan Insya-Allah, akan ada projek kami bersama lagi selepas ini.

Nasib baiklah diorang ni masih bersikap profesional tau! Haa sebab itulah Hael tak fikir panjang untuk memlilih Dayang sebagai pasangan berduet dalam lagu single, Hari Ini. Apapun, kita doa jelah yang baik-baik untuk diorang. Tak salah kalau diorang berdua bersama kan? Kalau ada jodoh, ada lah. Hehehe.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas