Connect with us

Oh! Media

“Saya Taknak Komen Apa-Apa” – Emma Maembong

Umum

“Saya Taknak Komen Apa-Apa” – Emma Maembong

Tak semua benda kita boleh dapat puaskan hati semua orang. Lagi-lagi bila kita berada di media sosial, ada je mata memerhati gerak-geri kita lepas tu kena kecam. Korang tahu tak kata-kata korang tu mungkin akan buat seseorang menjadi depression atau tertekan?

ADVERTISEMENT

Ya, betul! Jikalau korang pernah buat macam tu dekat seseorang, korang adalah keyboard warrior atau lebih dikenali sebagai buli siber. Senang je dapat dosa free sebab memftinah dan menghina orang lain.

Saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya kalau komen pun perkara ini tetap akan berpanjangan. Tak mengapa, biarlah apa orang nak cakap pasal saya. Kalau kita buat baik atau sebaliknya pun, orang tetap akan bercakap pasal diri kita. Selagi kita melayan komen-komen negatif daripada netizen, lagi rancak buli siber berlaku. Bila kita tahu apa yang dilakukan, ambil jalan dengan tidak peduli dengan mulut orang lain. Buat apa kita depresi disebabkan terlampau memikirkan apa yang orang luar bercakap pasal kita. Cara paling terbaik adalah kita tahu mana yang baik dan buruk. Semua itu antara kita dengan Allah serta sesama manusia.

Baru-baru ini, rantai yang dipakai oleh Emma Maembong yang bertulisan jawi dipertikaikan dengan netizen kerana diorang berpendapat bahawa rantai itu tak boleh menjadi perhiasan di badan dengan tulisan jawi.

So, apa pendapat korang? Bukan apa, sis tengok zaman sekarang ni makin hebat keyboard warrior ni. Cuba tengok kes Sulli yang bunuh diri tu, kita tak tahu apa dia buat tapi janganlah sesuka hati judge orang bila tengok dari luar je.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas