Connect with us

Oh! Media

“Kenapa Warganet Suka Mengata Dan Cari Kelemahan Dirinya?” – Izzue Islam

Umum

“Kenapa Warganet Suka Mengata Dan Cari Kelemahan Dirinya?” – Izzue Islam

Korang nak tahu tak, Izzue Islam tak pernah terdetik dalam hati pun untuk ‘memadukan’ isterinya, Awin Nurin. Takkan sebab diaorang belum lagi mempunyai zuriat, Izzue Islam terpaksa ‘beristeri dua’? Bagi pelakon dan penyanyi kacak ini, Izzue berkata ia bukannya akan menyelesaikan masalah, tetapi akan menimbulkan rasa kesulitan.

ADVERTISEMENT

Siapa cakap bila berkahwin dan tak ada rezeki lagi untuk mempunyai anak tak bahagia? Mungkin setiap orang, lain-lain rezekinya. Walaupun dah 6 tahun diaorang berkahwin, Izzue Islam dan isterinya masih menunggu kehadiran si comel, diaorang tak pernah terkesan pun dengan kata-kata netizen untuk bermadukan isterinya.

Cinta suci dia tu terhadap isterinya, fuh…tetap kukuh walaupun diaorang ni sering diperkatakan netizen. Bagusnya diaorang ni, kentalnya hati diaorang. Tetapi ada juga netizen yang menuduh Izzue mandul dan tak bahagiakan isterinya sehingga menyuruh beliau untuk menceraikan Awin. Ish ish jahatnya korang ni! Nasib baik Izzue tak dengar kata-kata negatif korang.

“Jujurnya, saya akui provokasi warganet sering kali ada di Instagram. Tetapi saya dan isteri tidak menghiraukannya. Jika melayan dan menghayati perkataan ditulis, saya dan Awin akan memendam rasa sakit hati. Paling terkesan tentunya saya dituduh mandul dan tidak mampu memberi kebahagiaan buat isteri.

“Malah, ada yang meminta saya melepaskan Awin. Saya tahu, saya tidak sempurna, tetapi tidak sesekali saya membiarkan warganet yang mahu menggugat rumah tangga. Saya percaya kepada pilihan hidup, jadi saya sanggup telan onak dan duri,” katanya.

Izzue yang juga bekas anggota kumpulan Forteen telah mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013. Dan diaorang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Izzue pernah memberitahu bahawa isterinya tertekan soal isu zuriat ni. Kesian Awin Nurin terpaksa hadap netizen yang pelik-pelik perangainya. Huhu

“Pada peringkat awal, Awin tertekan, tetapi tidaklah sampai malu keluar rumah dan berdepan dengan khalayak. Awin pelik, kenapa warganet suka mengata dan mencari kelemahan dirinya?” katanya.

Tambahan pula, diaorang ni kemungkinan akan menjalani ujian kesuburan selepas 6 tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat. Selama 6 tahun diaorang berkawin, Izzue ni tak pernah pun terfikir untuk menjalani ujian kesuburan kerana beliau busy dan jadualnya terlalu padat.

“Selama ini, saya dan Awin hanya memikirkan kerja untuk mencari rezeki. Bagaimanapun, sudah tiba masanya saya melakukannya. Usia saya pun bukan muda lagi. Bagaimanapun, sebelum membuat ujian kesuburan, saya dan Awin harus membuat rawatan terlebih dahulu untuk memastikan masalah kami. Insya-Allah, kami serius mahu mendapatkan rawatan dalam usaha memiliki cahaya mata, tahun ini,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas