Connect with us

“Saya Tak Kisah Pakai Baju Bundle” – Nazim Othman

Umum

“Saya Tak Kisah Pakai Baju Bundle” – Nazim Othman

Wow! Demi menghidupkan watak sebagai jejaka kampung, Nazim Othman sanggup beli baju dekat kedai bundle di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Terbaik lah, Nazim! Ya lah, selama ni kita tengok lakonan Nazim sebagai seorang kaya dan romantik je.


Mestilah kita nak tengok lain daripada yang lain kan? Nazim juga pernah mengatakan bahawa penerbit ingat Nazim ni seorang artis yang jaga penampilannya. Kalau korang tengok dekat Instagram Nazim pun, memang nampak bergaya sangat. Apapun sis doakan agar Nazim Othman terus maju jaya dalam industri seni. Amin.

Saya suka sebenarnya dapat menjayakan watak yang lain daripada karakter yang saya selalu dapat. Sebelum ini saya sering ditawarkan watak lelaki kaya dan romantik. Kali ini saya cabar diri untuk melakonkan watak-watak berlainan supaya memberi variasi dalam lakonan saya. Saya sudah bertahun-tahun tidak bawa watak sebagai jejaka kampung. Jadi apabila diberi peluang, saya berasa gembira. Untuk hidupkan watak ini, saya pergi sendiri cari baju bundle di Jalan Chow Kit untuk dijadikan sebagai ‘wardrobe’ watak dalam drama itu. Kalau siapa yang kenal saya, mereka tahu saya seorang yang suka bersiap. Tapi untuk watak ini bukan diri Nazim. Kebanyakan penerbit takut untuk menawarkan watak seperti ini kepada saya kerana mereka lihat berdasarkan Instagram (IG) dengan penampilan saya semasa majlis. Saya tak kisah pakai baju bundle untuk hidupkan watak dalam dua drama terbaharu lakonan saya selepas ini.

Sumber: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral. Juga memastikan laman media sosial untuk Oh! Media sentiasa berjalan dengan lancar.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top