Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Ada Plan Langsung!” – Maya Karin

Umum

“Saya Tak Ada Plan Langsung!” – Maya Karin

Maya Karin tak pernah terfikir pun nak kejar famous dekat dunia ni dengan melalui penyebaran mesej yang positif kepada netizen mengenai isu alam sekitar. Padahal dia memang ikhlas buat macam tu sebab dia prihatin dengan orang Malaysia.

ADVERTISEMENT

Dia tak sangka #MayaKarinRiverChallenge yang menjadi semakin trending di social media meluas sehingga netizen pun buat challenge tu sebab dia tak rancang langsung. Fuh.  Betul-betul terpengaruh netizen Malaysia ni. Entah apa lah agaknya challenge lepas ni kan?

Saya mendapat respon yang sangat baik dari golongan muda, terutamanya di laman Twitter apabila saya berkongsi perkara baik mengenai kesedaran terhadap alam sekitar. Saya sendiri terkejut kerana apa yang saya buat selama ini bukanlah untuk meraih populariti seperti ‘trending’ di laman sosial dan sebagainya. Apa yang penting, kesedaran yang dapat disebarkan kepada semua. Saya berharap agar apa yang saya lakukan serba sedikit memberi impak positif terhadap semua pihak. Saya tak ada plan langsung! Saya sengaja memuat naik foto itu di laman sosial kerana ia memaparkan keindahan sungai kita. Selepas itu, ada peminat yang meniru aksi saya dan menghantarkannya di laman Twitter. Saya memuat naik foto terbabit dan akhirnya, ia menjadi ikutan ramai pihak. Saya terkejut kerana saya saya langsung tidak berniat untuk menjadikan ia trending di laman sosial.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas