Connect with us

Oh! Media

‘Saya Sedih & Kesian Dengan Kawan Perempuan Yang Pakai Bulu Mata Palsu’ – Farihah

Umum

‘Saya Sedih & Kesian Dengan Kawan Perempuan Yang Pakai Bulu Mata Palsu’ – Farihah

Saya sedih & kasihan dengan kawan2 perempuan yang memakai bulu mata palsu. Semua sudah maklum hukum memakai bulu mata palsu adalah haram! Sekarang pula kita jadi sudah terbiasa melihat video2 live make up yg pasti ada diajarkan cara memakainya. Yang ramai terlibat adalah MUA & wanita berhija.

ADVERTISEMENT

Masa zaman study dulu, saya pernah beli sepasang & saya cuba. Memang cantik dan berubah terus muka kita. Mata jadi besar & menggoda. Masa tunang & kahwin saya berperang jiwa raga nak nampak cantik dan bermata galak. Tapi suami mmg tegas tak bagi! Sedih juga masa tu! Tapi syukur skrg Allah beri faham. Faham yg kita ni ada pilihan. Pilihan utk menahan nafsu di dunia ini kerana Allah yang pasti tinggi ganjarannya ATAU acah acah tak tahu hukum & bebas kelihatan cantik tetapi dimurkai Allah.

Ada juga yang berbisnes menjual bulu mata palsu. Diharapkan berhenti saja menjual kerana bersangkut paut dgn status keberkatan rezeki. Jangan sesekali pandang remeh tentang apa2 yg berkaitan dengan darah daging kita!

Saya tak kisah lah kalau ada yang nak remove saya disebabkan post ini. Saya nekad, kerana sifat ihsan dan sayang pada kawan2 semua. Saya dulu pun mcm u all juga. Suka make up suka cantik. Allah maha pengampun lagi maha menerima taubat! Kita dah tau, kita jangan buat dah. Jangan jadikan dosa itu satu kebiasaan.

Kita sama2 didik hati ini supaya LEBIH takutkan Allah. Dunia ini penjara buat mukmin dan bukannya tempat tinggal kita. Kita semua anak2 akhirat yang akan menuju ke sana..

Kredit: Farihah Zulkifle

Nak Menang iPhone 7 Plus?

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas