Connect with us

Oh! Media

“Saya Korbankan Kasih Sayang Demi Kebahagiaan Fizo” – Mawar

saya2bmelakukannya2bkerana2ballah 2blisa2bsurihani2b252812529png

Umum

“Saya Korbankan Kasih Sayang Demi Kebahagiaan Fizo” – Mawar

Walaupun Mawar dan Fizo Omar baru saja bercerai tetapi diaorang ni masih lagi bersahabat. Punca diaorang bercerai ni sebenarnya bukan sebab ego atau harta tetapi diaorang ni memerlukan ruang untuk memperbaiki diri sendiri. Kalau nak tahu, sebenarnya diaorang dah usaha dah pun untuk selamatkan rumahtangga diaorang tetapi nak buat macam mana? Diaorang reda atas apa yang berlaku.

“Selama enam tahun bersama, kami sudah cuba menyelamatkan perkahwinan ini, namun mungkin sampai di sini sahaja untuk saya dan Fizo. Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga. Bukan saya tidak mencuba, tetapi saya reda dan pasrah. Ada hikmah atas apa yang terjadi ini dan ia menjadi bekalan terbaik untuk masa depan kami,” katanya.

Mawar berkata dia tidak akan sesekali menjauhkan hubungan anaknya, Wan Maryam dengan Fizo. Yelah, Wan Maryam kan masih kecil, dia memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa dia. Dan manakala Fizo pula berkata perpisahan diaorang ni adalah bukan pengakhiran tetapi permulaan baru untuk diaorang menjalankan tanggungjawab bersama untuk anaknya.

IKLAN

“Insya-Allah, saya tidak akan memutuskan hubungan Fizo demi anak yang masih kecil dan memerlukan kasih sayang seorang bapa. Saya masih sayang dan kasihkan Mawar, malah mengucapkan terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak saya. Saya banyak terhutang budi padanya dan dia sangat baik. Saya, Mawar dan keluarga juga baik-baik sahaja ketika ini,” katanya.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas