Connect with us

Oh! Media

‘Saya Jumpa Dia Tepi Jalan Sambil Menangis Ketakutan’ – Puan Juliana

Darleenpng

Umum

‘Saya Jumpa Dia Tepi Jalan Sambil Menangis Ketakutan’ – Puan Juliana

Pagi tadi kecoh tentang kehilangan seorang pelajar perempuan tingkatan 3 yang dikatakan telah diculik oleh dua lelaki yang menunggang motorsikal ketika dia sedang menunggu van sekolahnya.

Berita kehilangan itu heboh di media sosial dan rata-rata mendoakan semoga adik Nur Darleen Dazeera ditemui dengan selamat.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 2.30 petang tadi, mangsa dilaporkan telah selamat ditemui dan kembali kepangkuan keluarga.


Adik Nur Darleen telah ditemui berjalan kaki bersendirian ditepi jalan oleh orang awam iaitu Puan Juliana ketika beliau dalam perjalanan pulang menghantar anaknya ke sekolah.

IKLAN

“Dalam masa perjalanan balik ke rumah, saya nampak dia berjalan berseorangan. Saya tidak pasti itu adalah dia tetapi disebabkan didalam kereta ada kawan-kawan dia, so mereka mengenali dia dan mereka memberitahu saya bahawa itu adalah Darleen.

So saya pun pusing Uturn untuk mengambil dia ditepi jalan dan dengan keadaan terkejut dan tercengang. Saya menjemputnya naik dan menghantarnya pulang ke rumah family dia.

Ketika ditemui dia dalam keadaan sedar tapi menangis ketakutan.”

Puan Juliana menyatakan kesyukurannya kerana telah menyelamatkan adik Darleen dan membawanya sendiri pulang ke pangkuan keluarga.

Jom Layan Light Sensation

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas