Connect with us

Oh! Media

“Saya Hanya Mampu Dengar Mereka Jerit Minta Tolong” – Bapa Saudara

Umum

“Saya Hanya Mampu Dengar Mereka Jerit Minta Tolong” – Bapa Saudara

Sedih bila mendapat cerita mengenai dua adik-beradik yang terbunuh dalam kebakaran semalam di Kampung Endah, Kuala Langat. Menurut pakcik mereka, Khamijas Ngainan, dia cuba membantu dua beradik berkenaan tetapi api terlalu marak dan dia hanya mampu mendengar dua beradik itu menjerit meminta pertolongan sebelum suara semakin sayup dan tidak lagi kedengaran apabila api semakin marak.
Dalam kejadian kebakaran yang berlaku jam 2.30 pagi itu, Nur Salsabila dan Nur Ain Sumayyah tinggal berdua di dalam rumah sementara ibu bapanya keluar kerana menyediakan makanan untuk anggota bomba memadamkan kebakaran kilang kimia di Pelabuhan Klang malam tadi.
“Masa kejadian, saya dan isteri baru pulang dari berniaga di restoran kami di Kancong Darat dan sebaik tiba di rumah tiada apa yang berlaku. Namun apabila saya masuk saja dalam rumah, saya terlihat api sudah menjulang tinggi, saya dan isteri berlari ke rumah adik,” katanya
Khamijas melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat membantu kedua-dua anak saudaranya yang sudah dianggapnya seperti anak sendiri.
“Mereka biasa tinggal di rumah itu kerana ibu bapa mereka berniaga makanan di Hentian Rehat dan Rawat Pulau Indah. Kebetulan mereka dapat tempahan menyediakan makanan untuk bomba bertugas memadamkan kebakaran di kilang kimia di Pulau Indah,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor Nur berkata, mayat pelajar tingkatan tiga dan satu itu terperangkap di dalam bilik tidur mereka ketika api sudah marak.
“Ketika sampai api sedang marak dan pasukan berjaya mengawal kebakaran dua minit kemudian. Api dipadamkan sepenuhnya selepas 10 minit,” katanya.

ADVERTISEMENT

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kebakaran berlaku daripada litar pintas. Menurutnya, tiada unsur jenayah dikesan dalam kebakaran itu.

Sumber: New Malaysian Post dan MyMetro

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas