Connect with us

Oh! Media

Sarah Suhairi Diumumkan Juara Big Stage. Bawa Pulang RM100,000!!

Umum

Sarah Suhairi Diumumkan Juara Big Stage. Bawa Pulang RM100,000!!

Program Big Stage telah dijuarai Sarah Suhairi seperti yang dijangkakan. Sarah yang mempersembahkan lagu Awan Terpilu dan Nyawa & Raga single baharu, menjadi peserta yang mendapat markah tertinggi daripada barisan juri iaitu 66.05%.

ADVERTISEMENT

Dengan itu, Sarah Suhairi telah dinobatkan sebagai juara Big Stage 2018 dan membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Naib juara, Shafiq Farhain berjaya membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro. Syafiq membawakan lagu Antara Hujan dan Airmata di segmen solo serta menyanyikan lagu single baharu berjudul Aku Jatuh Cinta.

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Afieq Shazwan berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala Wanie Kayrie dan Baby Shima terpaksa berpuas hati ditempat ke-4 dan ke-5 dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Big Stage merupakan sebuah pertandingan yang menggandingkan bakat-bakat baru yang popular di media sosial. Pertandingan ini dipancarkan secara langsung pada setiap hari Ahad jam 9 malam di Astro Ria (ch104) dan Ria HD (ch123).

Pertandingan berprestij ini ditaja oleh Vivo dengan mempersembahkan smartphones terbaru mereka iaitu Vivo V11 yang begitu hebat terjual di pasaran ketika ini.

Dengan skrin curve 6.41 inci Super AMOLED Halo FullView dan 91.27% screen-to-body ratio dalam bazel senipis 1.76mm, sekaligus membuatkan paparan Vivo V11 sangat unik dan sempurna dalam genggaman tangan pada pandangan Ohmedia.

Tak cukup dengan tu, faktor keselamatan pada Vivo V11 ni juga mempunyai sensor pengesan cap jari pada skrin dan juga Face Access untuk mengesan muka pemilik melalui infrared. Kamera pula dilengkapi dengan AI yang membolehkan gambar yang diambil kelihatan lebih cantik mengukut keadaan ketika gambar diambil.

Ajaibnya itu semua datang dengan harga cuma RM1,699. Phone lain mana nak dapat macam ni ye tak? Cepat dapatkan di Vivo store www.vivostore.com.my sekarang!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas