Connect with us

Oh! Media

Samsung TV QLED 8K Diperkenalkan Pada Harga RM299,999

Umum

Samsung TV QLED 8K Diperkenalkan Pada Harga RM299,999

Akhirnya, Samsung Malaysia telah mengumumkan siri televisyen terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu televisyen QLED 8K. Untuk pengetahuan korang, Samsung telah lama menerajui penawaran televisyen dan bagi siri TV QLED 2019 ini, ia akan diperkenalkan di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Apa yang menarik dengan televisyen QLED 8K? Sudah nama pun 8K, ia pastinya mampu menampung revolusi 8K yang membolehkan pengguna melihat kualiti gambar yang lebih tinggi serta pewarnaan yang jitu.

Samsung juga membolehkan pengguna menikmati kandungan HDR10+ dan menikmati kualiti paparan yang sekata pada sudut pandangan berbeza.


Samsung mengeluarkan tiga model ditawarkan dibawah model 8K Smart QLED TV, iaitu daripada saiz 75-inci, 82-inci dan 98-inci. Model 75-inci berharga RM59,999, model 82-inci berharga RM99,999, dan model 98-inci pula berharga RM299,999. Jadi korang dah pilih belum nak ambil televisyen mana untuk raya tahun ni?

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas